nasihat untuk awak muslimah :)

date ; 23 of jun '12
time ; 08.40 p.m malaysia ^^v

assalamualaikum semua *ciumpipikananciumpipikiri* hik :) hari ini mood kte baiklah, nampak tak kte tengah senyum manis sangat (kalautaknampakhempuklappykemukaawak) sebenarnya hari ni nak share sikit untuk muslimahmuslimah sekalian dan bagi yang tak berkenaan jangan terasa kay! nah baca :)



NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI BUAT SEMUA MUSLIMAH



Wahai puteriku…

Aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puteriku…
Banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?


resources: sini
kte harap semua dapat renungkan kay! (no haters please) sebagai kawan tak salahkan kalau kte kongsi ilmu kankan :) jadi mari kte berubah jadi yang lebih baik nak tak? jum samasama ! terimakasih baca ye :) selamat malam salam ! eh lupa pula *flyingkiss* hik

xoxo;
athrh lani

erm :'(

date ; 19 of jun '12
time ; 11.29 p.m malaysia ^^v

assalamualaikum :) hai liger! hai azzah! puas? huk! kay jangan gaduh dah ye korang :) hem! awak semua sihat? hah liger sihat? azzah? haha dahdah! asyik nama korang je muncul :( nak cerita apa ye? erm cuti panjang yang agak bagus dari segi menghabiskan makanan di rumah , menggemukkan dan menambah lemak di badan , mempraktikkan ciriciri bakal ISTERI yang mithali wahwah lari hempuk lappy dekat dahi *gatainya* :')

dengar sini wahai budakbudak EX-KMPK ! kesian adikadik awak dekat sana dengar cerita satu bilik lima orang eh? dandan! ramai budak sains tukar akaun sebab dengar cerita tak dapat catch up :( kay lepas dengar tu kan huk menyampah pula dengan budakbudak ni ! kteorang yang first batch dengan silibus baru pun elok je ikut , hadui manja kemain! kte yang manja ni pun dapat kawal diri tau *kenyitmata* ayah pun menyampah tahu! padan muka korang kena menyampah dengan ayah :) kay terasa tak? nampak tak kekejaman kte di sini? jahat kan? haha *gelakbesar*

erm duduk rumah takdelah bosan sangat sebab ada yang mesejmesej temankan kte hadui terpecah pula rahsia haha gurau je manalah ada yang nak mesej kte :( handphone tu senyap je macam merajuk mencik ah camni! sebenarnya, ibu dah tukar sekolah dan ibu ajar petang untuk sementara waktu yeppi *lompatlompatdenganomeynya* adalah teman kte waktu pagi , petang pula ayah ada , malam duadua ada dekat rumah :) tapi kte bukan dok goyanggoyang kaki je duduk rumah! kte kemasrumah setiap hari kay! bilik angah (checked) , bilik ayahibu (checked), bilik sendiri (checked) , bilik along (checked), esok kemas peti ais kot :) tengok ah serajin mana nanti hik :)

erm julai nanti insyaallah akan berjalanjalan dengan bahagianya sebab sebab angah along dah cuti yeppi *lompatlagi* boleh pergi jalan jauh yei! erm kaylah nak tidur lah :) sekarang tidur tak teratur *lapairmata* nak cuba teraturkan semula yeye :)
selamat malam awak! ye awak tu saya rindu sangat :) janganlah marah lagi kay! erm terimakasihdaunkeladi bagi yang rajin membaca benda merepek ni! nah flying kiss haha cukupkan sorang satu hik :) nak tengok tuan blog yang makin mengembang badannya? tengoklah supaya tak rindu huk :P assalamualaikum semua !



kepada awak yang saya sayang :( saya taknak mention nama awak dekat sini tapi saya nak awak tahu yang saya sedih sangat dengan sikap awak :( ye awak yang masih bersekolah! awak ingat saya tak tahu yang awak tu dah gatai sangat nak boyfriend? siap tukartukar boyfriend kan? dah suka yang itu , tinggal yang ini? kenapalah awak macam ni? ye saya sedih sangat! setiap malam saya menangis fikir perangai awak tu ! saya tak bagitahu sesiapa pun tapi i keep watching you! saya harap awak sedar! saya tak suka awak ada boyfriend terutama waktu mudamuda ni :( awak ni nak ikut siapa hah? kay dah nangis :( bye!


xoxo;
athrh lani
COPYRIGHT @ATHRH-LANI, ALL RIGHTs RESERVED