Pemerhatian :)

date ; 10 of Nov '13
time ; 08.30 p.m malaysia ^^v




Assalamualaikum wbt dan Salam Maal Hijrah kepada semua :) Selamat bercuti kepada yang bercuti hiii. Kte le tu tengah cuti. Kepada yang menghadapi peperiksaan , terutamanya adik kte yang tinggi slim comel macam kakak dan abangnya , Nur Nabila Ahmad Jailani, Selamat ber'SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA' ya :) Semoga Allah swt permudahkan semuanya , semoga tenang tika menghadapi ujian tersebut, semoga Allah swt bantu laa, semoga Allah swt dengar dan tunaikan semua doadoa kita semua kay. I know that you can to better than us , and do that for yourself kay. Don't be so stress , just enjoy them kay hiii :D Illoveyou kihkih (malu iteee) Majukan diri untuk masa depan (tibatiba) .


Kemudiannya, bermulalah cuti pertengahan semester kte dan angah di rumah dan kami gumbira sangat . Kebetulan sepupu kte yang manja lagi baik hati berniat untuk keluar meronggeng bersama . Kami makan puaspuas di PLAN B , ipoh , kami gelak puaspuas dan kami dapat discount happy guest hiii , kami menonton wayang THOR dan berkerusi pasangan lagi di Jusco , ipoh , hahaha, kami makan lagi di food court , JJ , kami jalanjalan sambil gelak , kami pegangpegang iphone 5S dan 5C walaupun tak mampu beli (simpan duit hoi). Konklusinya , hari yang mengembirakan kihkih :D makasih ya Afiqah sama Aliaa. Makasih banget. Hanya boleh lampirkan gamber makanan sahaja ya embak , tuantuan puterinya maluu hahaha :D




Seterusnya, kehidupan sebagai pelajar UPM. Hmm macam biasa fikiran kerap mengatakan "ktelah paling sibuk , sibuk sangat" padahal orang lain pun sibuk kan? Tapi jujur kata semester ketiga ini paling sibuk berbanding semester yang lepas. Walaupun lima subjek sahaja, tetapi kesemuanya ada lab dimana kte haruslah menyiapkan lab report tiap minggu dan itu memang menyakitkan kepala uhuk . Dengan assignment dan presentation yang tidak lekang tiap minggu , sangat menguji hati dan emosi. Biasalah kan bila kerja dah banyak , muka jadi tegang , emosi tak stabil dan semestilah hati rasa nak marah orang jee. Kepada sesiapa yang kte bermasam muka dan mungkin katakata tajam , maaf dipinta. Sesungguhnya akan kte perbaiki kekurangan diri yang satu ni. Maafkan kte ye :D (nah senyuman manis dan love comel sangat untuk awak yang sakit hati tuuu)




Walau bagaimanapun , kte masih aktif dengan aktiviti sampingan seperti ICED16 dimana nama penuhnya ialah Inter College English Debate 16 :) Alhamdulillah pengalaman baru. Kawankawan baru. Tahniah dan terimakasih yang semua. Mari ramairamai memeriahkan pertandingan debat english ye!


Kte nak pesan sikit boleh tak? kalau tak nak baca , bolehlah mengundur diri dari sini ya. Kte tahu kte tak layak pun nak bagi nasihat sebab kte pun masih menerima nasihat orang lain . Tapi boleh lah nak bagi juga. kte nak cakap , walaupun kte dah berkawan dengan seseorang , walaupun dah lama kenal seseorang , tetapi itu bukan satu tiket untuk kte berkasar dengan mereka. Sebagai contoh , katakata yang agak pedih untuk didengar . Kte ni siapa nak perliperli walaupun kte rasa yang katakata kte tu sebagai gurauan sahaja. Sakit hati tau walupun kte senyum je. Walaupun jawatan/ markah kte tinggi mana pun, lebih dari sesiapapun , kte tak layak dan tak boleh layan orang lain dengan teruk. Faham? Harap fahamlah ye. Lagi satu kalau boleh rajinrajinlah fikir sikit, jangan susahkan orang lain dalam apa jua keadaan, termasuk berkawan dan juga ketika menimba ilmu. Faham ke tidak? Hmm jap kte terang sikit contohnya. Contohlah kalau awak bekerjasama dengan Cik K, tapi disebabkan Cik K tak beri kerjasama, tak bagi semua failfail , tak bagi semua maklumat penting , macam mana awak nak siapkan kerja? Apa awak rasa? Dah tu tibatiba bos nak failfail tu esok? Rasa apa ye? Ala bengkak tak jiwa tuu? hmmm. Lepas tu tibatiba pula Cik K tukar maklumat penting pagi esoknya dan cakap 'maaf silap sikit'. Gituuu lah contohnya. Faham ke tidok? Fahamkan jugek hiii .Sukahati koranglah ye, fikirkan seketika jengjeng .....

Yang penting cuba untuk "Jangan sampai orang lain membenci kte" kay. Walapun ayah kte pernah pesan

Kalau orang lain dah benci kte, kte buat baik macam mana pun , dia tetap akan cari kesalahan kte kan? Yang penting kte ikhlas kay :)
Apaapapun , jaga diri , jaga hati , jaga kelakuan kay . Selamat bercuti dan berpeperiksaan . Makan bagi gemuk sikit kay . Salam :)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri.” 



Birthday pou :)

date ; 26 of Sept '13
time ; 06.15 p.m malaysia ^^v

Assalamualaikum :) Selamat hari Khamis semua . Esok Jumaat dan seterusnya hari minggu yang ditunggutunggu oleh pelajar dan pekerja ewah hiiii. Apa khabar awak? Belajar macam mana? Ada stress? Kawankawan semua dah tunjuk belang masingmasing? eh soalan apa ni? Maafmaaf . Hmm petang ni ada rajin sikit sebelum jadi sibuk semula malam kang ada meeting pula kan.

 Jadi kte nak cerita tentang BIRTHDAY POU 24 SEPTEMBER 2013 yang lepas. Ye itu hari selasa lepas hiii. We make it abgadk, although abg baskin robbin tu kantoikan plan kte huh memalukan je depan angah bila plan tak jadi wuuuu. Boleh pula dia jerit , adik nak berapa lilin . Ish abg ni kang :/ Hope you enjoy your day pou. Walaupun tak seberapa makannya, hadiah pun takde kan? Maaf sangat  :(



kepada POU ,
awak dah besar dan matang . sebab apa acik kata awak matang ? sebab awak sekarang dah genap 22tahun hahaha . eh bukan lah , sebab awak sekarang kerap bagi nasihat dekat kte , tak putusputus , hampir tiap hari ada je awak bagi kata semangat :D . Awak selalu fikir positif , awak selalu tahu macam mana nak tenangkan kte. Tu kte kata awak matang hiii. Selalu jadi pou yang hebat dan cantik macam yang acik kenal dan memang acik kenal :) wuuuu acik 'ter'puji lebihlebih pulek. Takpe IKHLAS ni . Lepas ni iolls doknye nak puji gitu lagi. Jaga hati sendiri, orang lain mana reti jaga hari keluarga kita ni kan? Hanya orang yang terpilih je yang pandai jaga hati kita kan kan? ada yang sengih ke? hiii whatever it is stay like this cause Iloveyou whoever you are hik 


kay bye nak makan sundae pie burger king hikhik bye salam :)

I'm so sorry .






date ; 12 of sept '13
time ; 07.30 p.m malaysia ^^v

Salam tawan tawan iteee :) Haiiiiiiiii! Dah berkurun tidak exercise jari jemari yang runcing cantik gemalai ini di atas keyboard . Jadi mari kita mulakan. Pertamanya , maaf (kalau setiap post tak ada maaf memang tak sah) . Maaf kerana kte sibuk mempersiapkan diri ke jinjang pelamin. Dengan kad jemputan tak edar . Baju pengantin baru siap design . ish geram akak. Doakan yang terbaik untuk kte kay :)

I'M JUST NOT IN A GOOD MOOD

so I personally ask for apology to those whom I did any wrong doings intentionally or unintentionally by raising my voice or even glance my eye on you. Sorry :'(  Actually, I'm still in learning process to adapt everything around me including peoples that surround me. Thats all for now. Hoping to be a better cheerful self soon. Bye Salam Maghrib muslims.





Sebelum dan Selepas .

date ; 05 of Aug '13
time ; 05.20 p.m malaysia ^^v

Assalamualaikum w.b.t kawankawan yang sudi mengeja post kte ini kihkihkih :) baiknya awak nak ngeja kan? wuuuu baiknya wuuuu ! *muncung* kay kte penat dah nak minta maaf sebab jadi tuan blog pemalas bin malas gilo. Kte sibuk macam CEO syarikat yang sangat berjaya . Sangat sibuk tambah stress :( uhukuhuk sobs sobs sobs .Tapi kte nak cakap lagi minta maaf ye kalau kte buat awak membuang masa meneliti jikalau kte ada merepek lagi kan? padahal ada ke? diam! Selawat banyakbanyak .


Sebelum kte terlambat dan terlupa dan pemalas nak ucap Selamat Hari Raya nanti kan? Kte siapsiaplah ucapkan dulu eh? Adilkan? Alaaa tutup mata sebelah jee , okay ? baiknya dia baiknya wuuuuuuu ! *muncung* Maaf andai kte ada buat salah dan silap sengaja mahupun tidak disengajai terhadap andaanda semua . Maaf ye . Tegurlah kte kalau kte ada buat silap . Sesungguhnya kte hanyalah manusia biasa sangat yang banyak buat dosa . :(


“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara, oleh karena itu adakanlah perdamaian di antara saudara-saudaramu, dan takutlah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satupun kaum merendahkan kaum lain, sebab barangkali mereka (yang direndahkan) itu justeru lebih baik dari mereka (yang merendahkan); dan janganlah ada perempuan merendahkan perempuan lainnya, sebab barangkali mereka (yang direndahkan) itu lebih baik dari mereka (yang merendahkan); dan jangan kamu mencela diri-diri kamu; dan jangan kamu memberi gelar dengan gelar-gelar (yang tidak baik) –misalnya fasik– sebab seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah dia itu beriman, dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak sangka, karena sesungguhnya sebagian sangkaan itu berdosa; dan jangan kamu mengintai (menyelidiki cacat orang lain); dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya, apakah salah seorang di antara kamu suka makan daging bangkai saudaramu padahal kamu tidak menyukainya? Takutlah kepada Allah, karena sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan belas-kasih.” (al-Hujurat: 10-12)


Jadi minta maaf ye . hiiiiiii *senyumpalingmanis*. Dan minta maaf hari ini 27 Ramadhan , kte baru nak ucapkan selamat berpuasa , bertarawih , bersahur , beribadah . Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan , dipanjangkan umur oleh-Nya untuk tambah pahala , untuk mengenali-Nya . Mari berusaha! Doakan yang baikbaik untuk yang dah pulang ke sana . Moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman , Amin . Al-fatihah untuk abgwan . Alhamdulillah mereka dah selamat di sana , kita yang dekat sini tak tahu macam mana lagi . Jangan pernah putus asa untuk mencari keredaan-Nya . Allah swt memberi kepada sesiapa yang meminta .





Selamat bersiap untuk berbuka . Selamat memasang panjut pelita , selamat mencari baju raya , selamat mengemas rumah . Selamatselamat . Jaga diri , jaga hati , jaga mulut . Nah kenyitan mata puasa hiiii gatai . Cantikkan tudung bawal satin purple kte jahit sendiri . Cantiknye cantiknye *sengih* bye . Salam semua.


Salam perantauan :)

date ; 14 of jun '13
time ; 02.10 a.m malaysia ^^v



Assalamualaikum w.b.t semua hai hello namaste . How's life everyone? Feeling good ? Naughty ? ihiks currently yes , I am :') ngade ! Hari ni kte nak cerita tentang banyak cerita . banyak lah kot . agaklah banyak kot. Apaapalah , asalkan cerita , kan? ehem cerita terbaru ialah kte bakal , bakal, emm kte bakal menamatkan zaman semester dua . Dah tamat dah pun tadi hewww. Dan kte rasa bahagia , alhamdulillah hidup semakin ceria sihat sejahtera berat pun inshaAllah akan bertambah pipi pun akan di tinggikan dagu emm akan dipertimbangkan untuk double selepas jam ni . haha ayat kemain kan . Kte ada 7 subjek semester ni , antaranya ialah pertanian dan kemanusian , baksis (koko) , biocell , bichemistry , etnik , titas dan lab microbiology ye adikadik.

Seperti yang semua tahu dan mungkin ada yang tak tahu , baksis dan pertanian tiada final exam jadi agak kurangkan beban situ alhamdulillah :) lab microbiology pula selamat menjalankan peperiksaan akhirnya 2 jun yang lepas . Jangan tanya senang tak ? Hancus melebus rebus goreng habis semua berterabur . Jadual peperiksaan diteruskan lagi dengan biochemistry , biocell , titas dan yang terakhir semalam pagi iaitu etnik yaw . Wa rasa ohsem sangat bila dah habis kertas wa. waaaaaaaaaaa!

Sepanjang study week , wa agak sibuk dengan melayan karenah adik wa yang kecik manis tuu . Sebab adik wa duduk dengan wa seminggu jadi memang wa tak pegang buku lah kan . How do you do books? agak macam ganas semacam je guna 'wa' emm kte bawa adik kte jalanjalan walaupun sekali dua bestt.

Kami makan  meatball IKEA . Emm sedapnya bolehlah ditelan . Jakun sebenarnya :O

Lepas tu , dah cukup masanya adik kte pun pulang ke rumah bersamasama ayah ibu dan tibatiba kte dengan angah pun terselit dalam kereta tanpa dijangka . Maka kami semua pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira tanpa memikirkan exam yang bakal tiba beberapa puluh jam lagi . Kami sempat menjejakkan kaki ke pasar malam yang agak lama tak dikunjungi oleh kami . ehem mula lah sesi 'peraq' bergambar di pasar malam . 

ayah kte garang tau! :D

Dah cukup masa , kte dengan angah pun pulang ke perantauan uhuk . Malah sesi bertungkus lumus menyendatkan otak dengan ilmu pun bermula . Memang 'library' tu jadi rumah kte lah kan . Banyak masa dihabiskan di library bersama yang tersayang . eceh eceh . emmm dengan cuaca yang sejuk memang membuatkan kte feeling ala perantauan sungguh . Gituuuuu. Tapi wa cakap lu , blok B library memang sejuk tahap gigil ,ulangalik ke tandas nak guna mesin 'panaskan tangan' . Tapi alhamdulillah banyaklah juga yang masuk tika mentelaah di sana . Yelah kte siap ada sumber inspirasi lagi tau . Tapi berapa kali je pun nampak sumber inspirasi pung . seeeeedihhhh. Ni ada cerita ! Panas uolls . Haritu kan , kte duduk library mentelaah , library tu tutup pukul 4 ptg hari tu , pukul 3setengah loceng dah bunyi "tanda" habis waktu . kte macam relax ah baca buku sebab ada setengah jam lagi kot . Lepas tu datang sorang pakcik , susun semua kerusi tengok gaya macam librarian je . Lepas tukan uolls , dia boleh pula dok halau kte . 

P :  eh , apa tunggu lagi ? keluarlah?
A : *beku*
P : kemaslah keluar . tak dengar bunyi loceng? keluar keluar keluar
A : agak ah setengah jam lagi kot .*dalamhati* sambil kemas barang

Pakcik , kami bukan buat benda tak elok pun. Kami belajar kot . Lepas tu , cool downkan diri sendiri fikir positif . Cakap dekat diri sendiri , emmm mungkin dia dah lama tak dapat balik awal , rindu dekat anakanak cucucucu kot . okay . cool sikit :O Jaga adab eh.


Selalunya meja ktelah yang paling bersepah dengan buku . Redha ye semua .

Paih peneman wa :O

bila study sampai malam . Gambar selitan pautan kasih tempat berteduh menumpang air cond .


Selepas tamatnya peperiksaan akhir semester semalam pukul 10setengah . Kte dan rakanrakan pun berangkat ke MINES kononkonon hilangkan stress gitu . Makan banyakbanyak , tengok wayang After Earth memang best wa kata sama lu . Wa rasa macam wa nak tengok lagi sekali walaupun ada orang tu nangis bila part sedih . Wa punyalah tahan kemachoan wa , tibatiba dia yang nangis dulu . Wa pun gelak . Bagi sesiapa yang nak tengok wayang , wa sarankan After Earth . Ajaklah kte , nak tengok lagi!!!! Bagi wa best sangatlah , tapi tak tahu lah taste uolls macam mana kan . Kang tak best uolls dengki dengan wa . Taknak saranlah . suka hati korang nak tengok cerita apa . hah senang gitu kurang rasa serba salah . Lepas tu kankankan ,wa menghabiskan duit uhuk teruknya . Tapi purple kot . Wa terus teringatkan JEMAN wa waktu tu . Serious talk . lepas tu wa main game yang banyak walaupun sakit hati tengok jejaka cina menang banyak patung bear main satu game tu je . Memang wa panas je tengok . Main tipu apa? tapi dia menang depan wa kot ! biar ah!

antara paparan tatapan untuk lu semua .


Dan yang terakhirnya , kte nak ucapkan selamat maju jaya kepada yang masih dalam mood peperiksaan . Moga dipermudahkan . Maaflah tumpang menyibukkan minggu peperiksaan akhir semester awak ye dengan membaca benda ni  . Maaf ! 

Ayahibu kte selalu cakap ; inshaAllah dipermudahkan peperikasaan kerana Allah swt tolong orang baik . Acik anak yang baik , jadi Allah swt tolong . amin   

Nah tatapan untuk mengubati kerinduan awak . Saya tahu ini pasti mencetus kontroversi . emm silalah . Jaga diri , jaga hati . Salam semua . No more flying kiss sorry . motif sangat kannnn.

penuh terimakasih kepada...

date ; 18 of may '13
time ; 11.50 p.m malaysia ^^v

Assalamualaikum . IhikIhikIhik senyum semua :') tadaaaaa! Rindu kte tak? ala rindulah rindulah . Kte rindu awak eceh :O Rasa nak marah diri sendiri je sebab abaikan blog kte uhuk . Maafkan tuanmu ini wahai blog omey , tuanmu sangat suka menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti bagai princess ewah menyempatkan perasan sikit .


ihikihik. Ada apa pada gambar di atas ihik . Selamat 20tahun athirah jailani pada 6 mei yang lalu. Moga berjaya dunia akhirat . Doa dimakbulkan . Cepat dapat jodoh *pang* .  Moga semua dirahmati Allah swt 


Di sini , kte nak ucapkan terimakasihdaunkeladi for all wishes . You guys are amazing friends :') For my one and only amazing , beautiful (like me) and  fantabolous sister , Deb , thanks for everything you had sacrificed for me , for the wasted tears , and for all pains you had gone through . I can't describe how amazing you are as my sister . I appreciated it so much . You always trying the best just to make me feel loved , appreciated and just to put a silly smile on my cute face although sometimes you are superb annoying or should I say everyday :') You know why I hate those day but you keep trying to make the day as my day . Thanks again deb . If and only if you read this , I just want you to know that IloveyousomuchtiilIcan'tdescribehowitis . Thankyou  


Ala terluah perasaan pulek kan. Malunye kte *pangdushpang* Terimakasih yang menyambut dan berusaha sebaik mungkin ewah kan macam nak berperang je kan. Takpe , kte nak ucap terimakasih je dalam post kali ni . Terimakasih banyakbanyak yang bersusahpayah. Walaupun agak sedih tapi alhamdulillah saya gembira juga . bercampurcampur perasaan tuu . Tapi kan kan kan , kte dapat banyak sangat hadiah ! banyak dan comel pulek. Terimakasih kepada semua yang melabur duit untuk membeli hadiah untuk kte yang dah 20tahun ni, Terimakasih sangat , moga ikhlas dan hubungan ini kekal , amin . 






Hah , ini cerita lain . Hari tu kan  , ktekan , ktekan pergi projek mega Koko Kak Naz dan kawan yang lain . Ada Ally Iskandar , Nur Aina yang sedap gila suara dia , kte sukanya! Lepas tu kan , ada booth untuk derma darah . Untuk pengetahuan hadirin sekalian , selama 20 tahun ini kte TAK layak untuk menderma darah pabila tiba di sesi menimbang berat . Jadi , dalam salah satu wishlist kte ada azam untuk menderma darah . Oleh yang demikian , di hari kejadian , kte berjaya untuk menderma darah walaupun ada 'konflik' di situ . Maaf saya nak sangat derma darah , maaf ! Kte jadi orang pertama yang derma . Sekejap sangat tak sampai 5 minit je pung .

AL : Akak selalunya derma darah berapa pack?
AN : sepeket je dik dah cukup :)
AL : tapikan kak , kte nak bagi dua pack boleh? ala bolehlah
AN : mana boleh dik , satu cukup .
AL : kedekut(dalamhati) *masam*

Lepas tu , mood kte happy sangat . Seronok macam dapat hadiah cabutan bertuah bagai . Ya Allah , perasaan waktu tu :O

Okay awak , kte ada banyak kerja lagi ni tak siap uhukuhuk :'( Bye jaga diri ,jaga hati ! Selamat malam Salam

Janji kan?

date ; 02 of may '13
time ; 10.30 p.m malaysia ^^v






Assalamualaikum semua :') iolls nak sambung cerita yang tergendala sebelum ni . Salah satunya ialah softball. ihik tibatiba seronok kan :D Bila mulamula kte terjebak ke lembah softball? emm lepas mesyuarat ajk protokol maksis , Kak Ida tanya sesiapa nak join sukan tak? Faiz , Salwa , Azie pun bersemangat waja yang tinggi menggunung tanya Kak Ida macammacam . Akhirnya kte terpengaruh untuk menulis maklumat sulit di sehelai kertas . wuuuuuu takut pun ada masa tu . Wei agak ah , kalau kena gigi bola softball tu macam mana? tak rongak? kte dahlah kurang cantik , kang tambah rongak entah jadi apa dah .

Lepas tu , seminggu tu dah mula latihan . Dua kali main dah macam wowww ini hebat , kte sukalah main benda ni. Tapi tahap ketakutan masih di tahap yang tidak memuaskan. Niat dalam hati waktu tu , tak kisah pun kalau tak dapat main untuk kolej , asalkan dapat ilmu main softball dengan pengalaman . Macammacam pengalaman yang kte dapat . Salah satu yang kira extreme , bila rempuh abg Joe. Gila malu gila maluuuuuu. Dahlah rempuh abg joe , lepas tu kte yang terlentang terbang jatuh. Abg joe macam statik je dekat situ dengan muka serba salah . Maaf maaf abg joe , andai katalah abg Joe tersesat di sini membaca kan. Kte nak cakap , kte malu hahahahaha dah!

Hah , kte pun dapat ramai kawan baru . Kak feyra , kak dian , kak ina , kak bib , kak yan , kak nana , kak Q , kak ikah , ikah , salwa , farah , faiz , azie . yay! best sangat . Akhir pertemuan , lepas kalah dengan KOLEJ abgbiotechmengadasukaajukorang , kteorang semua bertandang ke DOMINO BANGI wei. Kak feyra belanje. Terimakasihdaunkeladi kak feyra haha :) Malam tu memang seronok habis , hilang sakit kepala , stress semua dah hilang sebab gelak je lamalama. Harap boleh buat macam tu lagi , amin hihihihihi :')






ini dua olang budak suka cali galuh sama gua . telutamanya di laluan kiri sana. yang memandang rakannya di kanan. luuu pehal salwa?

Oleh yang demikian , kte akan jadikan kenangan ni sebagai kenangan terindah eceh eceh terindah di UPM . InshaAllah , akan ada lebih banyak lagi kenangan manis untuk dicipta hihihihi tak sabar pulek. okeh , iolls sibuk dengan MAKSIS pula . Nanti iolls cerita dekat uolls kebenda MAKSIS tu okeng?Bye kiyomi hah tibatiba,  lagi kiyomi kiyomi. kay cukupcukuplah malu dekat lab biocell tadi dengan kiyomi. huk malunya yang amat . Dah jawab kot soalan tu , cuma tak lengkap. Bukan senang soalan nya pun. Malu lagi maluu. Buruk gila bila buat kiyomi dekat depan kawankawan . Oh my maruah . hem dahlah , kenangan tinggal kenangan . Harap tiada video yang dirakamkan. hik :D

Jaga diri awak . Dah macam lain je style skang? ewah ewah ewah heyyyah kan tibatiba .  kay merepek . Maaf andai ada kesalahan yang iolls buat dekat uolls. Harap uolls maafkan iolls kay . Thank you :') Salam . Nak flying kiss? takmoh bagi dah . Selalu berterabur takde siapa nak tangkap so no more flying kiss from me, eceh ayat merajuk konon kan . Jangan layan dia. bye :D




 Peace kiyomi semua ihik 

Penting lah ,

date ; 14 of April '13
time ; 12.39 p.m malaysia ^^v

Assalamualaikum w.b.t semua . Bagaimana anda semua di sana? sihat mental dan fizikal? alhamdulillah bagussssss! *percikan*  em hari ini makcik nak bagi nasihat lagi yeeeehuuu. Jap, sebelum makcik memulakan syarahan yang panjang . Hai uolls , iolls ada dekat rumah seminggu tau tau . Bahagianya iolls , dah lama tak bau perak . Sedapnya awww! kay mengade punya makcik. Makcik cuti seminggu pun dah rasa macam alhamdulillah sngat tau uolls . ye lah , dah lama jugalah iolls tak balik rumah . Seronok ! Sekarang ada dekat UPM , macam nak balik perak pula wuuuu :'( sabar! *letaktangandidada*

Okay mari makcik mulakan . Sejak dua menjak berada di alam universiti ni membuatkan kte banyak berfikir dan InshaAllah akan menjadi lebih matang ihiks. Ramai yang memilih untuk tidak jujur pabila bercakap . Emm tak sukalah , ada juga yang bermuka talam atau lebih dikenali talam dua muka. Bukannya membenci tapi ....................... . Kurangkurangkan lah berbuat baik sematamata untuk mencapai matlamat diri . Kurangkurangkan lah berdendam . Kurangkurangkan lah sikap pentingkan diri sendiri . Tak elok benor dipandang tau uolls.

Kalau terasa macam diri sendiri tu ada berkata bohong dengan orang lain , bawabawalah minta maaf ye . Apasalahnya berkata benar , tapi lainlah kalau awak cuba untuk selindung perkara salah kan? Cuba berkata benar okay . Bagi sesiapa yang terasa diri tu yang berbuat baik dengan orang lain hanya untuk mendapatkan perhatian mahupun mencapai matlamat diri , buangbuanglah tabiat tu . Kte kalau nak berjaya , berusaha sendiri dan bukannya mengharapkan orang lain. Kalau ada yang menawarkan pertolongan , kalau ia sesuatu yang baik terimalah , jangan pula kte tolak mentahmentah tanpa fikirkan baik buruknya . Lagi satu , ini penting! kurangkurangkan lah memerli orang sekeliling . Ibu kte selalu pesan , jangan perliperli orang lain . Bukan setakat orang tak suka malah akan dibenci . Baik ibu !




okay uolls , iolls dah penat dah . Banyak sangat benda nak disiapkan within this one week holiday . This opening holiday, my day will be shine with presentation , assignment and of course softball . Oh about this softball things , InshaAllah I'll share with you . Kbye! takecare everyone . Please . Thanks and Salam :')


Janganlah marah .

date ; 01 of april '13
time ; 01.30 a.m malaysia ^^v

Assalamualaikum wbt :) Alhamdulillah hari ni satu april . cepatnya masa lalu kan? macam kejap sangat dah empat bulan tahun ni . emm. Kte rasa macam semangat rajin sudah meresap ke dalam hati , jari pun laju menekan tiap huruf kan , ewah kemain sekarang hikhik :) padahal esok kelas sampai 7malam , hah tidur lah lambat biar mata buruk !

dah cukup dengan marah diri sendiri , sekarang nak cerita tentang mulut . ye mulut , suka buat mulut itik ? tapi kte bukan nak cerita isu mulut itik pun hahahahaha :) kte nak cerita tentang cara percakapan kita . Mula dari sekarang .

kay ayahibu kte selalu pesan ,                                                                                                        
kalau kte nak orang lain cakap baikbaik dengan kte , tak guna bahasa kasar dengan kte , kte kenalah cakap baik dulu dengan mereka ,guna bahasa sopan , jangan sakitkan hati orang .                           (tapi kadangkadang tersakitkan juga hti orang tuu , maaf !)

 Bukan nak katalah , tapi nak kata juga , zaman sekarang ni memang orang selalu cakap bahasa kasar eh? kadangkadang kte 'terpanar' bila orang tu cakap kasar dengan kte . speechless kau! Walaupun awak rasa awak dah guna bahasa yang sesuai bila bercakap , tapi kadangkadang awak tak perasan yang awak ada selitkan juga kasarnya itu . Sakit yang amat bila dengar walaupun awak relax je dekat situ buat muka toya macam tu  .

Cubalah berhenti cakap kasar ye awak . Kte pun masih dalam proses mengawal diri dari menggunakan kata yang boleh sakitkan hati orang lain , ye kte masih belajar . Tak baik tau , buat orang sakit hati je . bagi awak contohnya perkataan shit , bitch etc tu bahasa inggeris yang normal orang gunakan bila marah , selalu orang dok sebutsebut tapi bagi kte marah macam mana pun , bahasa tu tetap tak normal . Ada satu hari tu , dok tengah hebat bergelakgelak , buat lawak masingmasing , yang sorang tu tibatiba cakap bitch . Kte pun senyap je , 'terpanar' seperti biasa bila dengar perkataan tu . Tak tahu nak buat reaksi apa dah tau . Marah memang marah waktu tuu , tapi tenangkan hati sendiri , anggap yang dia memang selalu cakap kasar macam tu tanpa kawalan mungkin ? Kte tahu mesti ada cakap ," eleh kereklah pompuan ni . Shit pun tak boleh cakap ke? Kampung gila." Maaflah kalau kte buat awak rasa kte ni kerek , maaflah kalau kte buat awak rasa kte budak kampung . Tapi kte memang punyai fikiran kampung yang amat , cerewet kemain , pakaian pun kampungkampung je . Kte takde niat pun nak sakitkan hati sesiapa tapi cuma nasihat , teguran seorang sahabat yang awak tak kenal ni .

Ye kte tahu , semua manusia di sini tak sempurna . Tapi betulkanlah mana yang awak rasa salah , jangan dibiar ianya salah selamanya . Perbaiki mana yang mampu :') InshaAllah dipermudahkan semua . Jangan putus asa ye . Kte ni memang pandai nasihat kan orang , pandai cakap je , tapi diri sendiri ni lebih kurang sama je . Kalau ada salah yang kte buat sesiapa terasa , maaf ye . Maafkan segala kesilapan kte :)


Dari Abu Hurairah ; Nabi Muhammad pernah berkata ; "Individu yang yakin kepada Allah dan Hari Akhirat , dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja "



Imissyoutoo!

kte nak bagitahu yang kte tak sabar untuk minggu hadapan , rasa macam nak senyum je seminggu ni hihihihiii :) selamat malam , mimpi indah . Jangan lupa doa tidur ye . 

awak :)

date ; 19 of march '12
time ; 12.55 a.m malaysia ^^v

Assalamualaikum wbt :') hai , hello everyone hei hei hei hei jeng jeng jeng jeng . Dah lama tak main cak cak kan? huk :'(



Kalau kte letak gambar ni saja , cukup tak? hihi there's so many things to be share with you guys but I'm a sleepy little princess hihi . Lain kali kte cerita panjangpangjang boleh? Selamat tidur . eh lupa nak cakap , esok kte takde kelas dan esok thesix nak meronggeng . Kbye ! Jaga diri , jaga hati , takmo sedih ye . Salam ♥ 

Peringatan mungkin :)

date ; 21 of  feb '13
time ; 07.10 p.m malaysia ^^v

Assalamualaikum wbt kawankawan yang dihormati ewah :) SELAMAT DATANG ke semester baruuuuuuu (muncung sikit) . InshaAllah , moga dipermudahkan semua sepanjang semester amin. Jangan tanya pasal result , kte sentap. eceh drama je lebih makcik ni .






Kte nak cerita pasal hari ini . Sedih pun ada , gembira pun ada . Nak mana dulu? krik krik krik krik
--------------------------------- ---------sejam kemudian--------------------------------------------------
moh mulakan dengan gembira ye. Hari ni birthday kaknis , kakak roomate yang awesome suka buat kte ketawa weeee :) happy birthday kaknis! Balik kelas tadi awal , tengok bilik kosong sunyi gelap sebab hujan .  Beberapa puluh minit bergolek atas katil buat muka penat sorangsorang , tibatiba teringat birthday kaknis hari ni :) Apa lagi? melompat lah ke meja cari idea nak buat apa :O  Tibatiba nak jadi nakalnakal comel , duduk depan laptop kaknis sambil lekat sticky notes hiii. Dah rasa macam puas hati, senyum sinis dekat meja  sorangsorang tunggu kepulangan kakak kakak roomates . Beberapa puluh minit kemudian , kakak kakak pun pulang . Kaknis pun cakap kte sweetlah . hiii maluuu kot (X.X)  itu jeee  gembiranya pun.






Moh sambung dengan cerita sedih pula. Tadi kte ada dua kelas amali . Kelas amali pertama habis awal , biasalah briefing je week 1 . Lepas tu , semangat cari tempat untuk kelas amali kedua which is I don't know where it is :'( almost 2 hours keep searching for that place and finally found it yay! Peluh jangan cakaplahkan, tambahan pula kte sorang je pakai baju kurung , sopannyaaaa dia weet :') Tempat amali tu depan Asasi . Kte pun pergilah solat zohor dekat sana . hah mula dah part sedihnya ni . Hem penuh sesak huk . Ni tambah sedih lagi , pukul 1setengah budak asasi azanlah tapi azan cara nak raya tuu dengan azan betul. Lepas tu , boleh pula dia gelakgelak sambil semua yang lain dok gelak lamalama sekali . panas panas panas! Kte dengan kawan pun peliklahkan . Korang ingat azan ni buat main ke? Kalaulah budak Islam dah buat main bendabenda ni , apalah yang patut kte fikirkan lagi? Sedih sangat time tu . Budakbudak ni bukanya tak pandai , malah asasi pula tu. Awak, walaupun awak pandai duniawi , jangan sesekali perlekehkan Islam . Sedih sangat . Kte tak ikut jemaah pun :'(  dah dah cukup dengan sedih .






okay nak bermanja dengan air pancut bilik air . Jaga diri semua . Moga dipermudahkan harihari kita semua , amin . salam manja eceh :')



xoxo;


athirah lani

Thank you :)

date ; 04 of  feb '13
time ; 09.55 p.m malaysia ^^v

Assalamualaikum w.b.t :) bagaimana iman? aurat tertutup rapi? eceh. mungkin orang akan cakap bajetnya nak tanya iman , aurat orang budak ni . poyoooooonyewww kay fine . Tapi kte cuma nak mengingat sesama kita , tak salah kan? kita semua insan biasa yang mudah melakukan kesilapan malah mudah lupa . maaf andai ada yang terasa . maaf ye awak.


hemhem okay kte nak cerita tentang cuti kte yang ohsem dan hensem ni tehee o____o  alhamdulillah seronok sangat walaupun terpaksa balik awal untuk kem. Takmoh ingat lagi tentang tuu . Hampir sebulan duduk rumah , apa kte buat ye? Selain kerap menziarahi abgamin yang beransur pulih di hospital dan di rumah . hah! lupa nak cakap . Terimakasih banyakbanyak kepada semua yang mendoakan kesihatan abgamin . Terimakasih banyak! nah flyingkiss eceh jangan tangkap jangan , kte maluuuu :D merah dah pipi kte hii .




Cerita baru pula . Dengar sini kawankawan , kte dengan angah mencuba sesuatu yang baru sepanjang kami cuti ni :) kami berjinakjinak dengan perniagaan secara online . Alhamdulillah semua berjalan lancar dan seronok dapat pengalaman baru . Thanks to all of you who keep support us from day one till now :) I'm really appreciate it so much , dear . Lets have group hug everyone hiii. For more details about our 'things'. Do visit our instagram (athirahlani / sarafiz) Lets shopping with us guys . hii macam promoter pula kan. Comelnya. Diam *_______*

sample for youuu .ala lagu digi gituu :) come and grab one ladies . worth it !


Kemudian , welcome february :) Hoping for the best , inshaAllah. Lets shine our day with awesome memories to remember , friends ! Ingat jaga diri , jaga hati , jaga iman . Selamat malam. Keep smiling , everyone. till then , toodles .


 "sesiapa yang tidak tidak mengasihi manusia nescaya ALLAH tidak akan mengasihinya" -(Mutaffaq' allaih)


xoxo;
athirah lani

Doa :)

date ; 21 of jan '13
time ; 02.10 a.m malaysia ^^v



Assalamualaikum :) dah habis seminggu duduk rumah cuti semester baru terasa nak kecohkecoh dekat sini ! apa khabar semua? pada yang belum habis final tuu , jangan dengki sebab kte dah seminggu dekat rumah . em kte tak jalan mana pun , paling jauh pun taiping sebab laa dekat sana kenalah ziarah adik kesayangan nanti dia merajuk susah nak pujuk , baikkan dapat kakak macam kte hiii :)


kte nak minta tolong ni , boleh? Tolong doakan abgamin kte cepat sembuh , sihat , boleh jalan , boleh lari , boleh cakap , baikbaik semualah secepat mungkin ye . Selitkan dalam doa awak setiap hari ye . terimakasihdaunkeladi !  japjap nak ceritalah ni , boleh dengar dah suara tanya kenapa dengan abgamin kte . Macam ni cerita nya , jumaat sampai je rumah , semua dapat berita buruk which is abgamin accident . In ICU since morning but nobody came to visit him until policeman came to my uncle house ;when they had their dinner , and told them that abgamin at the hospital . doktor yang rawat abgamin pelik , kenapa takde siapa yang datang ziarah sebab abgamin nazak sangat waktu tu , yelah ICU kot. Then , she asked policeman to find abgamin's family from the IC . Only that thing left cause someone stole everything on the accident scene :'(  Jahatnya orang tu ! takpe inshaAllah ada hikmah. sekarang abgamin dah pulih sikit selepas menjalani lebih kurang 5 pembedahan setakat ni . Betapa peritnya bila ziarah abgamin dekat hospital . kesian sangat . Doakan ye :)


Firman ALLAH yang bermaksud, “....(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

ALLAH berfirman dalam surah al-Anbiya` ayat 35, “Setiap jiwa akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan perkara buruk dan baik sebagai FITNAH (ujian yang sebenar-benarnya). Hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” 
 
“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar....” (Surah al-Baqarah ayat 155)



lepas tu? Takpelah lain kali kte cerita lagi . jaga diri semua :) mimpikan kte . Assalamualaikum .

Everyone :)

date ; 04 of jan '13
time ; 04.10 a.m malaysia ^^v


Assalamualaikum w.b.t  semua :) semua sekali takde yang terkecuali di sini eceh . apa khabar? sihat sejahtera, aman sentosa , bahagia sentiasa ? okay dah dah jangan nak lebihlebih pula ye athirah :/ banyak sangat nak tulis ni banyak sangat , hah nilah padahnya bila malas tapi banyak cerita dan tibatiba rajin dengan tidak sengaja tengah pagi buta orang semua tengah nyenyak tidur tuu tapii hem kaknis tak tidur lagi tuu hii saja nak teman kaknis :) padahal? kay diam semua! cikgu nak cerita banyak :)


Sebagai permulaan di garisan mula , on your mark get set and go go go go :) eh eh melalut nya makcik ni , maaf ye sekalian pembaca , jangan marah ye tak comel dah tuu eceh senyum sengih pula dia . comelnya! o_O  okay kte nak cakap SELAMAT DATANG DUA RIBU TIGA BELAS ! hohoho tigabelas tuu. Alhamdulillah tak sangka pula kte ni sempat nak jumpa tahun tigabelas ni , alhamdulillah :) maaf kalau terlambat dan 'oldschool' ketinggalan jauh sangat sampai hari ke empat baru nak ucap selamat datang kan :( maaf! *tunduk* hah semua dah mengada nak azamazam bagaikan? tak payah lah athirah nak berangan . diam cukup huk :'(


keduanya , SELAMAT BERSEKOLAH adikadik yang kte sayang dan suka hii :) I'm schoolsick :'( nak sekolah juga ! nak beli beg roda baruu , pekakas alat tulis baru , baju sekolah baru , semua baruuuuu . akak di sini sangat mencemburui adikadik sekalian huk :'( sekarang dah masuk university ni sangat tak rasa bila cuti sekolah dekat kalender tu . tengok cuti warna kuning kalender tu macam takde perasaan langsung dah sekarang sebab akak masih di sini , di university dan bukan di rumah LAGI :'( kalau duludulu zaman sekolah , wow semangat kemain bila nampak warna kuning di kalender siap kira kot bila nak tiba hari cuti tuuuu , best beb duduk rumah rehat tidur hadap tv makan tak pegang buku langsung! haha zaman tuu , rindu :')


seterusnya :) adikadik seronok bersekolah , jumpa kawankawan, manakala abangkakak yang comel dan anggun ni sibuk menghadap bukubuku dan notanota untuk menghadapi kami punya 'FINAL EXAM' leee :'( sobbing like a kid here boooo me . penat sangat , P-E-N-A-T :'( kau ada lagi 7 kali nak buat macam ni athirah oii. hadaplah yee :'( takpe berusaha mencari ilmu , inshaAllah mendapat keredaan Allah , amin :) oleh yang demikian , di sini saya eh kte yang comel hii comelkan kte :) nak ucapkan SELAMAT BERJAYA kawankawan semua :D harap dipermudahkan semua dan berjalan lancar tiada yang sakit perut ketika menjawab soalan nanti , taknak taknak yee :) harap semua berjaya dengan cemerlang dan harap apa yang kita semua hafal dan baca keluar sebiji waktu periksa , anganangan kau tinggi jah! kay hwaiting everybody . dah diam :/



boleh kte selitkan satu lagi cerita? eceh minta izin pula kan? sopan budak ni , boleh jadi menantu kan *malu* hemhem apa ye kte nak tulis untuk korang baca? mungkin ini ..



please and do respect others .

 manusia sekarang atau mungkin generasi sekarang sangat tidak mengambil berat perkataan 'hormat' em. atau mungkin kita tahu perkataan hormat itu , tapi malas nak praktikkan dalam harihari kita kan? mungkin segelintir yang macam ni . em what should I say here then? this may be the simplest five words that you always heard , right? people may ignored you whenever you act 'rude' or 'not nice to others' but you should think twice or maybe ten-ice by yourself. hey you are big now , that's not nice to be rude to others. man, slamming stuff is not the way to show dissatisfaction . hey we live in democratic country . we can sit and talk heart to heart and inshaAllah everything will be cleared ! so show some respect kay . There's always another way and a better way to settle down your problem kan? bukan susah pun nak cakap elokelokkan? tambah pula yang lebih tua daripada kte. kalau lebih muda pun apasalah nya? tak dapat dosa pun , malah inshaAllah akan bertambah pahala ? siapa nak pahala? dan siapa pula nak dosa? fikirlah ye . kita ni bukan nya akan selamanya hidup atas dunia ni , kita akan hadapi hidup di sana yang kekal tu . fikir dalamdalam . Semua dah besarkan . dah boleh fikir dengan baik , hak dan batil semua tuu semua dah tahu kan? benda senang macam ni tak perlulah diperbesarkan lagi. If you respect others , others will respect you too :)


I , myself personally seeking for forgiveness if I ever acting or doing this 'stupid' stuff . I'm so sorry . It may be spontaneous reactions or I'm not in conscious maybe? pun boleh? Sorry kay awak . kita manusia biasa , tiada yang sempurna dan semua tidak akan lari dari membuat kesilapan kan . tapi mari kita samasama berusaha untuk menjadi yang terbaik :) ayuh berlari .. hii tibatiba :O Hati kte semua bersih , tapi muncul bintikbintik hitam tanpa kita sedari dan berlarutan menjadi makin hitam. bukan susah nya bersihkannya. cubalah kay :)






saja nak mengada well :D selamat tidur semua . mimpi indah dan tolong jangan rindukan kte eceh hiii  :)