Pemerhatian :)

date ; 10 of Nov '13
time ; 08.30 p.m malaysia ^^v




Assalamualaikum wbt dan Salam Maal Hijrah kepada semua :) Selamat bercuti kepada yang bercuti hiii. Kte le tu tengah cuti. Kepada yang menghadapi peperiksaan , terutamanya adik kte yang tinggi slim comel macam kakak dan abangnya , Nur Nabila Ahmad Jailani, Selamat ber'SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA' ya :) Semoga Allah swt permudahkan semuanya , semoga tenang tika menghadapi ujian tersebut, semoga Allah swt bantu laa, semoga Allah swt dengar dan tunaikan semua doadoa kita semua kay. I know that you can to better than us , and do that for yourself kay. Don't be so stress , just enjoy them kay hiii :D Illoveyou kihkih (malu iteee) Majukan diri untuk masa depan (tibatiba) .


Kemudiannya, bermulalah cuti pertengahan semester kte dan angah di rumah dan kami gumbira sangat . Kebetulan sepupu kte yang manja lagi baik hati berniat untuk keluar meronggeng bersama . Kami makan puaspuas di PLAN B , ipoh , kami gelak puaspuas dan kami dapat discount happy guest hiii , kami menonton wayang THOR dan berkerusi pasangan lagi di Jusco , ipoh , hahaha, kami makan lagi di food court , JJ , kami jalanjalan sambil gelak , kami pegangpegang iphone 5S dan 5C walaupun tak mampu beli (simpan duit hoi). Konklusinya , hari yang mengembirakan kihkih :D makasih ya Afiqah sama Aliaa. Makasih banget. Hanya boleh lampirkan gamber makanan sahaja ya embak , tuantuan puterinya maluu hahaha :D




Seterusnya, kehidupan sebagai pelajar UPM. Hmm macam biasa fikiran kerap mengatakan "ktelah paling sibuk , sibuk sangat" padahal orang lain pun sibuk kan? Tapi jujur kata semester ketiga ini paling sibuk berbanding semester yang lepas. Walaupun lima subjek sahaja, tetapi kesemuanya ada lab dimana kte haruslah menyiapkan lab report tiap minggu dan itu memang menyakitkan kepala uhuk . Dengan assignment dan presentation yang tidak lekang tiap minggu , sangat menguji hati dan emosi. Biasalah kan bila kerja dah banyak , muka jadi tegang , emosi tak stabil dan semestilah hati rasa nak marah orang jee. Kepada sesiapa yang kte bermasam muka dan mungkin katakata tajam , maaf dipinta. Sesungguhnya akan kte perbaiki kekurangan diri yang satu ni. Maafkan kte ye :D (nah senyuman manis dan love comel sangat untuk awak yang sakit hati tuuu)




Walau bagaimanapun , kte masih aktif dengan aktiviti sampingan seperti ICED16 dimana nama penuhnya ialah Inter College English Debate 16 :) Alhamdulillah pengalaman baru. Kawankawan baru. Tahniah dan terimakasih yang semua. Mari ramairamai memeriahkan pertandingan debat english ye!


Kte nak pesan sikit boleh tak? kalau tak nak baca , bolehlah mengundur diri dari sini ya. Kte tahu kte tak layak pun nak bagi nasihat sebab kte pun masih menerima nasihat orang lain . Tapi boleh lah nak bagi juga. kte nak cakap , walaupun kte dah berkawan dengan seseorang , walaupun dah lama kenal seseorang , tetapi itu bukan satu tiket untuk kte berkasar dengan mereka. Sebagai contoh , katakata yang agak pedih untuk didengar . Kte ni siapa nak perliperli walaupun kte rasa yang katakata kte tu sebagai gurauan sahaja. Sakit hati tau walupun kte senyum je. Walaupun jawatan/ markah kte tinggi mana pun, lebih dari sesiapapun , kte tak layak dan tak boleh layan orang lain dengan teruk. Faham? Harap fahamlah ye. Lagi satu kalau boleh rajinrajinlah fikir sikit, jangan susahkan orang lain dalam apa jua keadaan, termasuk berkawan dan juga ketika menimba ilmu. Faham ke tidak? Hmm jap kte terang sikit contohnya. Contohlah kalau awak bekerjasama dengan Cik K, tapi disebabkan Cik K tak beri kerjasama, tak bagi semua failfail , tak bagi semua maklumat penting , macam mana awak nak siapkan kerja? Apa awak rasa? Dah tu tibatiba bos nak failfail tu esok? Rasa apa ye? Ala bengkak tak jiwa tuu? hmmm. Lepas tu tibatiba pula Cik K tukar maklumat penting pagi esoknya dan cakap 'maaf silap sikit'. Gituuu lah contohnya. Faham ke tidok? Fahamkan jugek hiii .Sukahati koranglah ye, fikirkan seketika jengjeng .....

Yang penting cuba untuk "Jangan sampai orang lain membenci kte" kay. Walapun ayah kte pernah pesan

Kalau orang lain dah benci kte, kte buat baik macam mana pun , dia tetap akan cari kesalahan kte kan? Yang penting kte ikhlas kay :)
Apaapapun , jaga diri , jaga hati , jaga kelakuan kay . Selamat bercuti dan berpeperiksaan . Makan bagi gemuk sikit kay . Salam :)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri.” 



COPYRIGHT @ATHRH-LANI, ALL RIGHTs RESERVED