#GIRLSMARKTHEMAP MELAKA, MALAYSIA ♥

date ; 31 of Dec '15
time ; 3.00 p.m malaysia ^^v







Assalamualaikum ♥ tak sabarnya nak cerita. Sorry tak move on lagi sejak last month huk :) This is our first trip together walaupun dalam Malaysia je tapi best dia lain macam sebab kita travel dengan kawankawan. Of courselah takleh nak banding bila travel dengan family sebab semua perbelanjaan dalam account ayahibu hik. Tapi bila travel dengan your own buddies, you need to organize everything! everything mean everything which include your schedule, luggage and yes budget! hahahha part ni yang lemah sikit. 

Sebenarnya macammacam rintangan yang kteorang hadapi sebulan sebelum nak pergi Melaka. Ko bayangkan lah, dahlah budak final year busy dengan FYP, and masa tu jugalah lecturer nak kasi assignment dan test. Tak ke ko rasa macam nak rebus semua nota then minum? Ya Allah, stress jugalah, lepas tu semua macam dah give up taknak ikut trip ke melaka sebab busy. Sedih dia macam ko hilang emas jatuh dalam mangkuk tandas. huk :(

Most of the time, kte dengan mira discussed our tentative every night sebab yang betulbetul confirm at that time just 3 of us (ktesalwamira). Kteoranglah yang cari hotel, kteoranglah yang calculate distance of each destination supaya tak buang masa atas jalan je nanti, kteorang jugalah yang risau kemain takut hujan all the day, habis plan nanti huk. Konklusinya memang kteorang sangat bersemangat! hahaha Tapi bab cari tempat makan, kte serahkan kepada Salwa dan Faiz. Diaorang mmg hebat babbab ni, sekejap je diorang survey dah jumpa. Gila tak terror diaorg tu? hahahahah. Banyak kali jugalah rombak tentatif sebab nak jimat masa, budget semua tu supaya semua puas hati dan tiada siapa yang makan hati hmm Semangat en kteorang? ini baru nak pi Melaka, kalau pi Jepun nanti entahlah berapa lama nak kena plan hahahaha.

Okay kteorang planned pergi Isnin and Selasa deepavali and cuti midsem, bajet macam nak lari dari jammed atas highway, orang nak bercuti deepavali lah konon! Oh ye, dua hari je kteorang bercuti, Rabu dah kena masuk lab FYP, so kalau boleh nak happyhappy dulu isnin selasa. Kalau stay kolej pun, bukan ada orang sebab cuti midsem en? Padahal sabtu ahad tu pun kte kena masuk lab FYP. Gigih en? Memang kte all out sabtu Ahad tu so isnin selasa tak kacau haahaha 


DAY 1 , MONDAY 



Alhamdulillah, akhirnya semua dah buat keputusan.Kami pergi ke melaka berlima :) yay! Pagipagi bangun buat bekal sarapan konon nak bertolak awalawal pagi lepas subuh,  puii lepas subuh tidur balik hahahaha! Pukul 11 juga bertolaknya dari UPM. Highway smooth je, semua masih bertenaga happy kemain dalam kereta, dok gaduh nyanyi gelak, nasib tak nangis je. Kalau ada yang nangis, kte dah tinggalkan korang tepi highway! Paling penting, sorang pun tak tidur dalam kereta wow impressed gila (mcmtakpercaya) hahhaha. 


Ko ni kan, orang nk tangkap gambar, buat aksi pula eh 😒


Sampai Melaka dalam pukul 12, terus pergi Zoo Melaka. Mesti ko akan cakap eleh dekat manamana pun ada zoo, baik pi tempat lain. Hmm suka hati kteoranglah nak pergi mana, boleh? hahaha emosi kan akak ni. Takdelah saje nak drama dengan korang hihihi, memang kteorang dapat tiket buy 1 free 1 so macam berbaloilah untuk pergi ZOO MELAKA & BIRD PARK. (Eh tercapslock hahahah) sorry kaktyra tak marah pung, bergurau je :D memang planned kteorang nak habiskan tempattempat yang berdekatan supaya tak ulangalik, nanti habis minyak dan masa cenggitu je. Bijak en? Well lama kot nak planned tentative :)


Masuk je zoo melaka tu, perasaan dia macam rombongan sekolah tadika waktu kecikecik dulu, seronok weyy! Tengok macam macam haiwan, tapir ada, zirafah ada, zebra ada. Lalu je dekat zebra mulalah Faiz dengan soalan cepumas dia. "Acik, ce teka zebra main color dia hitam ke putih?" waktu tu rasa macam nak bisik surah alfatihah tang telinga Faiz. Orang nak seronokseronok release tension boleh pula dia tanya soalan yang perlukan masa untuk berfikir. Eyy ko ni kang Faiz!


Dah rasa macam puas belekbelek semua haiwan dalam zoo tu, nak keluar dari zoo tu  wow! Ramai orang beratur nak masuk, waktu tu kan ko boleh nampak muka riak kteorang sebab dapat masuk awal tak perlu beratur panjang cenggitu hahaha. Bongkak en korang padahal kte yang solo drive dari UPM derr. Lepas tu kteorang terus pi Taman Burung, ni pun tiket murah. Berbaloi! Cantik gila sangkar dia, waktu ko masuk dalam taman burung tu kan, ko rasa macam nak terbang sekali dengan burungburung tu sebab cantik gila!!! Tak lama pun dekat Taman Burung sebab semua macam dah penat dan lapar dan hujan renyai dan emosi sebab lapar dan penat dan hujan renyai buat ngantuk! Tang nak makan ni baru Faiz dan Salwa memainkan peranan which to search a delicious restaurant for our lunch yay! Tak sampai 5minit sampai dah tempat makan. Semua senyap je keluar kereta cari meja nak duduk sebab lapar hahahahah.


Ni memang kena recommend dekat korang yang nak pi Melaka. Wajib singgah dan rasa, tak nyesal InshaAllah. The nearest restaurant that we can search at Alor Gajah is Restaurant Ikan Bakar Malim. First impression, wow ramainya orang, parking pun takde, variety of food, bau sedap~ Yang pilih lauk Salwa, Farahin dan Mira. kte dengan Faiz just duduk sebab taknak bertanggungjawab, in case lauk yang ko pilih tu nanti tak sedap dan ko akan dipersalahkan oleh kawankawan ko sampai bilabila hahahaha. Lepas tangan sungguh kan? Aip tapi kte drive seharian kot (kteakanulangayatnisampairasabosan)! Kesian ah kte :( Harga murah, berbaloi, sedap! Lepas tahu harga tu, salwa cakap nyesal tak ambil lauk banyak lagi. Ko kan salwa nafsu tu tolong kawal, kte dekat tempat orang tau! Ko bayangkan, nasi yang Mira ambilkan untuk semua orang penuh pinggan, kalau ada dulang mesti mira guna dulang isi nasi hahahha sampai aunty meja sebelah tegur cakap 'banyak o you makan nasi'. Alhamdulillah licin semua, rejeki kami makan tempat sedap, murah, ditemani hujan renyai. Bersyukur sangat waktu tu. Rasa nak menangis pun ada sebab tak percaya ko travel dengan kawankawan ko sampai melaka! Padahal setiap 10minit mesti akan cakap "Wey kte still tak percaya kte dekat Melaka dengan korang ♥ " hahahaha sweet en :)





Dah kenyang baru gerak ke Bandaraya Melaka untuk cari hotel. yay! Kteorang dah planned awalawal nak cari hotel yang dekat dengan semua tempat supaya boleh jalan kaki, jimat minyak kereta. Ce teka ce teka! kteorang dapat hotel dekat dengan Jonker Walk. Dekat sangat, kalau ko sakit perut tengah ronda jonkerwalk pun, boleh lari kejap ke hotel pupu sana. Murah pun murah double bed (4orang) tapi kteorang sumbatkan 5orang Rm120/night. Berbaloi lah sebab selesa dan paling penting private bathroom! Takyah risau kalau orang curicuri ngintai ko mandi ke apa hihihi. Seronok tak terperi gitu~ Rehat kejap je dalam hotel untuk solat dan baring, lepas tu terus jalanjalan. Ko datang Melaka 2 hari takkan nak lepak dalam bilik je? Bosan le cenggitu, baik rehat dekat kolej je kan? Kteorang jalan kaki je rondaronda pi A famosa, muzeum semua tu lah. Malam baru balik bilik untuk solat dan mandi. Yang lain dah penat, so kte dengan Mira berkorban untuk keluar ke Jonker walk cari makan malam. Sedih wey sebab pasar Jonkerwalk hanya jumaat sabtu ahad dan kteorang pergi hari isnin memang takde ah makanan, lengang je. Kteorang decide cari makan dekat mall je sebab penat dan lapar. Nasib mall dekat hahaha. Dah kenyang, lepak dekat padang  hahahaha seronok wey!





Dalam pukul 12 baru balik hotel untuk tidur~ In few seconds everyone lost in their dream. Penat wey dan nak kumpul tenaga untuk esoknya yay :D



DAY 2, TUESDAY

Planned untuk hari ni pergi klebang, dan hantar Faiz balik johor dan balik ke UPM. So pagipagi pukul 8 dah siap nak pi Klebang. Macam biasa ktelah yang siap dulu, so sementara tunggu lagi 4 anak gadis bermekap, ktelah jadi tauke hotel. Bukakan grill pintu, pasang cerita cartoon. Pelik je orang lalu lalang pandang amoi cantik berbaju merah menonton cartoon hahaha. Gadisgadis siap bermekap, kami gerak ke Klebang, ala tempat padang pasir tu? Senang je nak cari, cuma ko kena hatihati jangan sampai tertimbus tayar kereta, nahaslah ko nanti takleh balik. Kteorang parking agak jauhlah sebab takut takleh balik nanti hahahha Teka siapa paling excited sampai Klebang? KTE! Terus lari ke arah pasir, niat dalam hati nak main gelungsor tapi apapun tak jadi. First, tak bawa kotak, second sebab ko berat so tergolek instead of gelungsor, sedih! Lama jugalah kteorang lepak situ, sebab takde orang pagipagi. Dah agak perasaan tu bosan, baru gerak pi pantai, minum coconut shake wuhuuu dapnye. Memang pure rasa coconut shake dia weyy, nak lagi :'( 





Dalam tengahari tu, balik hotel. Semua ready nak check out. Tapi rehat dulu nak kumpul tenaga untuk drive balik UPM. Dah puas relax, masuk barangbarang dalam kereta. Tibatiba teringat tak singgah art street. Ko tahu tak? Art street Melaka satu lorong dengan hotel kteorang. Jalan sikit dah sampai, Ya Allah, syukur gila dapat hotel yang dekat dengan semua tempat hahaha. So, puas photoshoot dekat art street, baru gerak pi hantar Faiz ke Melaka Sentral dan cari makan before gerak ke UPM. Sedih jugalah part berpisah tu, sampai Mira nak nangis lah hahahha kay kte saje buat cerita part mira nak nangis, tapi serious sedih. Ko bayangkan dua hari ko gelakgelak spend time dengan diaorang, tibatiba nak pisah hukhuk. Dah sedihsedih hantar Faiz, gerak balik UPM walaupun sesat hahha. Tang sesat ni ko boleh salahkan Farahin sebab dia ditugaskan untuk tengok Waze. Dahlah hujan lebat, sesat pula tu, boleh pula si Salwa ni tidur waktu orang tengah discuss nak cari highway balik UPM. Eyyy sabar jelah dengan Salwa ni. Tapi Alhamdulillah sampai juga UPM dalam pukul 5 petang, penat tapi seronok! Semua macam tertanyatanya "bila next trip kita?" haahhahhaha sabar eh kumpul duit dulu. ♥ korang



Korang pernah dengar tak quote ini

"Kalau kita nak kenal kawan kita, kita kena travel dengan mereka, makan dengan mereka, tidur dengan mereka. Barulah kita kenal perangai kawan kita yang sebenar". 

Which is true! Kte dah kenal dah perangai sorangsorang kawan kte hahaha. Bukannya nak cakap perangai diorang buruk ke hape sepanjang 3tahun kteorang kawan dekat UPM cuma tak kenal betulbetul je lagi. Lepas travel samasama, Alhamdulillah perangai sorangsorang pelik tapi kelakar dan comel hahahhaa. Seronok kawan dengan korang ♥  Mesti korang terharu en? Dah takyah nak drama eh! :D




Kalau korang ada apaapa soalan ttg trip kteorang ke Melaka bolehlah tanya, InshaAllah kte jawab :) Bye, jaga diri, jaga hati. Salam  ♥ Happy New Year :)




 
COPYRIGHT @ATHRH-LANI, ALL RIGHTs RESERVED