Claim Elaun Thesis JPA...

29/06/2016; 05.30pm









Bismillah, Assalamualaikum semua ♥♥♥ Macam mana puasa berbaki kurang dari 10 hari ni? Samasama berusaha buat yang terbaik okay! Kte dah habis belajar degree, yay! InshaAllah akan konvo bulan 10 tahun ni, tak sabarnya wuhuuu :) So hari ni kte nak share info sikit kepada pemegang biasiswa JPA tahun akhir yang dok sibuk nak siapkan thesis dan ada yang dah siap jilidkan thesis~ Berbaloi tak usaha hampa setahun ber'lab work', overnight tak tentu masa macam zombi? Alhamdulillah, siap simpan satu copy thesis dekat rumah supaya nanti bila ko down and stress, ko akan terpandang thesis ko, pastu ko akan fikir "Nak siapkan thesis degree dulu aku lagi stress, tapi aku boleh je jilidkan thesis tu" hah semangat sikit semangat hahahah!

kos untuk jilidkan thesis tak murah wey tapi waktu tu ko tak kisah dah berapa banyak duit ko keluar, asalkan thesis ko siap dijilidkan mengikut masa yang ditetapkan? Betulkan? Because I feel that :') Then, dah rileks baru ko akan kira kos thesis ko, beratus juga kan kalau kira dari ko punya proposal ke softbound ke CD ke hardbound. Tak kira lagi dengan softbound correction yang ke berapa belas kalinya di print hahahha hah cepat buat kirakira berapa banyak korang habis~

Jadinya sekarang dah rileks rileks kan? Apa kata ambil masa kejap kita ramairamai buat claim dekat JPA(tapi utk pemegang biasiswa JPA je tau :D) Tak leceh pun, sebab dokumen yang JPA minta senangsenang dan dalam beberapa minggu je, pap pap pap dah masuk dah duit claim korang. Dari info senior, diaorg cakap boleh dapat sampai RM300 dalam masa 2-3minggu je. Wow, kalau korang claim sekarang, untung sabut timbul dapat duit raya yay!! Ikut senarai kte bawah ni, okei~





DOKUMEN-DOKUMEN PENTING CLAIM ELAUN THESIS JPA:



1) Borang tuntutan elaun thesis (tekan sini)


2) CD softcopy thesis (PDF)



3) Approval sheet (Supervisor FYP)







Pastikan semua maklumat lengkap dan sahih tau, baru berkat eceyyy :) Macam mana nak hantar? kte nasihatkan kalau korang nak selamat dan cepat, lebih baik hantar by hand ke pejabat JPA di Putrajaya. Tak tahu dekat mana? jangan nak bohong naa, dekat je dengan Alamanda, Putrajaya, puihh jalan sikit sampai dah kot~ Tapi bagi yang jauh di perantauan, bolehlah poslaju ke JPA. tapi pastikan korang selalu update dengan pihak JPA, takut nanti tak sampai pula dokumen korang pastu nangis tengok kawankawan dah dapat RM300 duit raya hihihihi :) 



Masukkan semua dokumen elokelok dalam sampul, biar nampak professional sikit. Kan dah grad, tunjuk sikit macam dah grad kikikiki :)



Senang je kan? benda simple takyah nak stress stress ye, dah settle semua baru boleh rehatrehat bersama keluarga di rumah. Berpuasa samasama 10hari terakhir dan tak lama lagi nak masuk syawal dah, amende nak stress kan? hahahaha. Okei itu sahaja, ada apaapa soalan, boleh tanya kte okei~ Selamat siap untuk berbuka, jaga diri jaga hati 








ALAMAT:
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA
NO TEL : 03-88853445 / 03-88853049/ 03-88853489
E-MEL: ictbmi@jpa.gov.my






COPYRIGHT @ATHRH-LANI, ALL RIGHTs RESERVED