Friday, April 21, 2017

Claim Elaun Praktikal JPA...

21/04/2017; 02.30pm









Assalamualaikum wehuuu ada orang tak ni? kikiki it's has been a while since I update my blog kan, sorry nak biasakan diri dengan new environment macam I'm still in lag phase giteww :') hihi so I did saw on my blog statistic and most of you were looking at my JPA internship allowance. Sorry I didn't post anything there because I thought nobody want that post since no comment or question at all hahahah :D After looking at that post number visited, I decided to share dengan adikadik semua (wuu seronoknya, macam wow ramainya adikadik kite) :')


How your internship experience so far? Best kan? walaupun macam penat, jadi kuli, kena buli but hey you got new experience compared to others, right? Please be positive, people hmmm :D Jadinya sekarang dah habis praktikal kan? Esok start kelas ke cane? hahahah Kalau batch kiteorang dulu, habis praktikal hari Jumaat, cuti sabtu macam biasa and sibuk kemas barang then ahad balik kolej nak daftar semester baru fuhhhh penat wey nak angkut barang ke tingkat empat hmmm kenangan betul! 

So kalau dah chill,bolehlah start apply claim intern dari JPA. Kite listkan syarat-syarat dekat bawah, and please read carefully jangan tinggal even one point! Tak leceh pun, sebab dokumen yang JPA minta senangsenang dan dalam beberapa minggu je (InshaAllah) , pap pap pap dah masuk dah duit claim korang. Please take note that elaun intern JPA RM15/ HARI (TIDAK LEBIH 3 BULAN) Untunguntung masuk sekali duit semester RM5000 tu wow wow wow AKU KAYA! :)




Syarat-Syarat ;
🌸 Tuntutan dibayar berdasarkan hari tidak termasuk hari cuti awam/umum;
🌸 Jarak antara IPT/rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat;
🌸 Tempoh latihan tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/umum); dan
🌸 Latihan diwajibkan bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.





DOKUMEN-DOKUMEN PENTING CLAIM ELAUN PRAKTIKAL JPA:





1) Borang tuntutan elaun praktikal (tekan sini)





2) Punch card & pengesahan kehadiran (pihak supervisor internship)




3) Approval sheet  (surat tawaran dari pihak Universiti/tempat praktikal)













Pastikan semua maklumat lengkap dan sahih tau, baru berkat eceyyy :) Pengalaman dulu ada je yang apply walaupun DAH DAPAT ELAUN DEKAT TEMPAT KERJA, but still diaorang dapat elaun JPA. I don't know why, nak cakap tamak rezeki, macam berkat ke sampai double kot dia dapat elaun?? Bukan busuk hati ke apa, but korang dah besar kan, dah nak habis degree pun, so fikir sendiri okay ~ Its up to uguys after all.


Macam mana nak hantar? kte nasihatkan kalau korang nak selamat dan cepat, lebih baik hantar by hand ke pejabat JPA di Putrajaya. Boleh guna waze/ google map, so no worries :) Tapi bagi yang jauh di perantauan, bolehlah poslaju ke JPA/ hantar ke BHEP universiti. tapi pastikan korang selalu update dengan pihak JPA tau, please rajin sikit! (jentik kang dahi tu kang biar otak jadi produktif) Senang je kan? benda simple takyah nak stress stress pastu nak emosi nak marah orang lain pula,motif sangat ko ni kan! kalau tak faham juga boleh tengok SINI. Okei itu sahaja, ada apaapa soalan, boleh tanya kte okei~  jaga diri jaga hati 





JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Biasiswa Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my





64 comments

  1. salam.. nak tumpang tanya. salinan punchcard kena ada pengesahan juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hi hazwani :) Salinan punch card perlukan pengesahan juga. kalau supervisor sibuk, cukup sekadar ada surat pengesahan dari supervisor and make sure tally tau kehadiran dalam surat pengesahan dan punch card :)

      Delete
    2. Assalamualaikum athirah, saya nak tanya tuntutan elaun JPA ni dibuay setelah tamat praktikal atau boleh buat semasa/sebelum?

      Delete
    3. waalaikumsalam nurin, thankyou singgah baca my post :)

      Tuntutan elaun perlu dibuat selepas tamat internship sebab kena ada punch card yang disahkan untuk rekod berapa hari bertugas~

      Delete
  2. salam..yg punch card tu kan..mcm mna nk amik salinan punch card kalau company tidak bagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maksud company tidak bagi? Company tak bagi nak buat salinan ke macam mana ye? Tak jelas soalan :)

      Delete
  3. salam.. kalau mc kira hadir jugak ke? boleh tuntut elaun tak hari yang mc tuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap kalau ada surat MC dikira hadir, kalau cuti baru tidak hadir :) Boleh dapat penjelasan dari pihak JPA.

      Delete
  4. Salam . jak tnya plajar kolej swasta bleh memohon x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maksud awak memohon elaun atau biasiswa JPA?

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Slm, nk tanya. Yg dpt biasiswa jpa je ke layak memohon elaun praktikal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam :) yes, hanya pelajar biasiswa JPA yang layak memohon elaun praktikal dan thesis.

      Delete
    2. pinjaman jpa dalam negara boleh tuntut tak sis?

      Delete
  7. ada tarikh-tarikh tertentu tak untuk claim elaun ni. sebab katanya lepas 31 Ogos tak boleh minta lagi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde tarikh specific untuk due date submit borang tapi pihak JPA akan proses ikut batch :) Awal awak submit complete borang tanpa sebarang kekurangan, InshaAllah cepat je claim masuk.

      Delete
  8. salam, nak tanya klu tempoh praktikal 4 bulan layak ke mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. supposedly untuk 3 bulan dan kebawah sahaja, tapi kalau kite, kite akan apply je :) InshaAllah akan dapat ikut maximum hari yang JPA tetapkan. It's better than nothing, right :)

      Delete
  9. Time practical nanti elaun tetap yang 4000+ tu dapat macam biasa or Tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh maksud awak yang every semester tu ke?
      Tak silap kite yang layak memohon elaun praktikal luar dari semester, means yang waktu cuti semester.
      But you can always double check dengan pihak JPA okay,

      Delete
    2. ouh, kiranye duit yang 4000 ataupun elaun tetap tu akan masuklah masa kita praktikal..so lepas habis praktikal kita boleh apply elaun latihan indutri pula...macam tu ke?

      Delete
    3. okay macam ni, awak praktikal dalam semester ye? i mean masa bulan 2-6 dan 9-bulan 2 tu ke?

      Kalau waktu cuti semester bulan 6 ke bulan 9, awak hanya akan dapat claim elaun harian praktikal je.

      kalau dalam semester, awak hanya akan dapat Rm5000 je :)

      Delete
  10. Nak tny.. selalunya brpe lama masa elaun akan masuk dlm akaun kita??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak :) selalunya akan masuk sekali dengan elaun semester atau paling lewat 3/4 bulan

      Delete
  11. salam, nk tanya dokumen tu kena pos je ke? kalau email saja boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hi awak :) sistem JPA sekarang saya tak sure. Tapi 3 tahun lepas tak boleh email, kena hardcopy which pos/hantar by hand :)

      Delete
  12. Salam bila duit jpa nak di kreditkan ya? Saya akn masuk intern 2/7/2018 nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hi awak :) Duit JPA untuk intern ke untuk semester?

      Delete
  13. salam nak tanya kalau takde punch card macam mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak :)

      kalau tak ada punch card, boleh minta kelulusan SV tempat intern awak mengesahkan awak datang berapa hari. Dan kalau boleh bukti buku log ke dilampirkan sekali :)

      Delete
  14. Salam. Jarak tu kalau rumah kediaman saya lebih 25km tapi ipt saya kurang 25km mcm mana ye? Still boleh mohon ke? Sbb dia tulis atau kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hi awak, rasanya lebih baik awak state duadua. dari rumah dan IPT :) sebab ada orang intern stay dekat kolej ada yang stay dekat rumah

      Delete
  15. Salam,
    Saya nak tanya,

    1. Untuk salinan punch card tu kita photostate punch card and dapatkan cop sv kat tmpt intern ke? Ataupun mesti ada surat jugak yang mengesahkan salinan punch card tu?

    2. Surat daripada unviversiti dan drpd sv untuk sahkan internship tu kita kena buat sendiri ataupun universiti dan tmpt intern yang akan sediakan?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hi awak :)

      1) mesti dapatkan cop dan surat pengesahan dari SV intern :)
      2) kalau dari universiti, ambil surat pengesahan diterima intern. kalau dari tempat intern kena buat sendiri (melainkan SV tempat intern awak rajin nak buatkan hahahahah)

      Delete
  16. salam hi nk tnya kalo utk jarak 25km tu, tempat intern dgn rumah sy tak smpai 25km tpi dgn ipt lebih 25 km jdi lepas ke syarat utk mohon elaun?

    ReplyDelete
  17. salam hai nk tnya utk jarak 25km tu, sy stay dkat rumah sndiri and jrak dgn. tmpat intern kurang 25km tpi from ipt lebih, jdi lepas ke utk syarat mohon elaun jpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hi :) Boleh cuba guna alamat IPT :) InshaAllah ada rezeki.

      Delete
  18. Hi nak tnya. Tuntutan bayaran ni sekali dengan biasiswa ke? Atau kita akan ade penambahan bayaran nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, it depends on the progress. kalau cepat proses, akan masuk sekali dengan biasiswa semester. kalau tak, akan dikredit kemudian~

      Delete
  19. Hi. Saya nak tanya. Ini valid untuk pelajar biasiswa je ke? Kalau program ijazah dalam negara (PIDN) dapat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, PIDN sama je biasiswa degree dik. Awak apply jeeee

      Delete
  20. Hi, nak tnya. Masa practical kita akan dpt x elaun mcm setiap semester tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau praktikal masa dalam semester, saya tak sure dapat tak dari JPA. sebab kite intern luar semester :) tapi apply je, dapat ke tak belakang cerita kannn hihi

      Delete
  21. Assalamualaikum sis, nak tanya, time intern dapat jugak ke yg elaun sara hidup every semester tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau praktikal masa dalam semester, saya tak sure dapat tak dari JPA. sebab kite intern luar semester :) tapi apply je, dapat ke tak belakang cerita kannn hihi

      Delete
  22. Salam, minta tanya kalau dapat elaun ni, lepas graduasi juga kira dalam amount yang kita perlu bayar balik ke?

    ReplyDelete
  23. Salam hi :) Saya tak pasti berkenaan sistem JPA terkini, tetapi waktu saya semua biasiswa which mean free :)

    ReplyDelete
  24. Hi. Kalau masa intern company dah bagi elaun, boleh keh apply elaun jpa ni lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, supposely dalam T&C JPA tak boleh apply if you got allowance from your intern company, but ramai je yang dapat juga allowance JPA even dah dapat dari company intern.

      Delete
  25. Jumlah tuntutan tu cemana? kena letak invois resit semua skali ke? Berapa awak letak and berapa yg diapproved?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope, just total hari bekerja. Surat tu dalam 1 page je, pastu minta supervisor tempat intern sahkan :) thats all

      Delete
  26. Salam. Nak tanya, if intern semasa semester (selama 6 bulan) dan bukannya intern di luar semester, JPA akan beri biasiswa lumpsum RM5k ataupun allowance RM15/day juga? Boleh saya tahu sumber yang boleh saya rujuk berkenaan pemberian elaun latihan industri semasa semester (bukan luar semester)? Terima Kasih :D

    ReplyDelete
  27. Salam, kawan kite pun intern dalam semester and awak akan dapat 5k macam semester yang lalu :) apa apa awak boleh rujuk website rasmi JPA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm..nk tanya maknanya klw intern masih dlm semester tak layak mohon elaun dari pihak JPA?

      Delete
    2. Slm..nk tanya maknanya klw intern masih dlm semester tak layak mohon elaun dari pihak JPA?

      Delete
    3. Salam :) yes. ikut syarat tak boleh apply selain cuti semester

      Delete
    4. Hai. Nak tanya. Masa intern, duit RM 5000 masuk ke tak ya?

      Delete
  28. Salam.Nak tanya, masa kita intern tu kan. Duit RM 5000 tu masuk ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Jika internship di dalam semester (hanya RM5K dikreditkan dan tidak boleh mohon elaun internship)

      Jika internship ketika cuti semester(luar semester) dibenarkaan mohon elaun intership dan tidak dapat elaun biasa 5K

      harap jelas ye :)

      Delete
  29. Assalamualaikum hye sis sorry gnggu ..nk tnya sye dpt dermasiswa dlm diploma

    1) klu time intern dpt allowance mmg x kan dapat duit biasiswa ke even internship sye termsuk semester ke 6?

    2) klu dapat , mean x leh buat tuntutan elaun eh? Sbb sye allowance lebih 3 bulan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam hi anis :) kalau dalam semester tak dapat intern elaun, hanya semester elaun yang biasa je

      Delete
  30. Maaf satu lagi soalan lari sikit dri topic ni , dermasiswa b40 under jpa kena bayar blik biasiswa yg diaorg bgi setiap sem x? N klu kene keje under diaorg , how to apply? Kita cari sendiri or diaorg yg akn serapkn kita msuk under gov?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena baca dokumen perjanjian macam mana bayaran balik :) kalau kerja pula macam biasa apply SPA, kalau dapat kena kerja tak boleh tolak atau bayar semula. Rasanya semua ada dalam dokumen perjanjian :)

      Delete