Claim Elaun Thesis JPA...

29/06/2016; 05.30pm









Bismillah, Assalamualaikum semua ♥♥♥ Macam mana puasa berbaki kurang dari 10 hari ni? Samasama berusaha buat yang terbaik okay! Kte dah habis belajar degree, yay! InshaAllah akan konvo bulan 10 tahun ni, tak sabarnya wuhuuu :) So hari ni kte nak share info sikit kepada pemegang biasiswa JPA tahun akhir yang dok sibuk nak siapkan thesis dan ada yang dah siap jilidkan thesis~ Berbaloi tak usaha hampa setahun ber'lab work', overnight tak tentu masa macam zombi? Alhamdulillah, siap simpan satu copy thesis dekat rumah supaya nanti bila ko down and stress, ko akan terpandang thesis ko, pastu ko akan fikir "Nak siapkan thesis degree dulu aku lagi stress, tapi aku boleh je jilidkan thesis tu" hah semangat sikit semangat hahahah!

kos untuk jilidkan thesis tak murah wey tapi waktu tu ko tak kisah dah berapa banyak duit ko keluar, asalkan thesis ko siap dijilidkan mengikut masa yang ditetapkan? Betulkan? Because I feel that :') Then, dah rileks baru ko akan kira kos thesis ko, beratus juga kan kalau kira dari ko punya proposal ke softbound ke CD ke hardbound. Tak kira lagi dengan softbound correction yang ke berapa belas kalinya di print hahahha hah cepat buat kirakira berapa banyak korang habis~

Jadinya sekarang dah rileks rileks kan? Apa kata ambil masa kejap kita ramairamai buat claim dekat JPA(tapi utk pemegang biasiswa JPA je tau :D) Tak leceh pun, sebab dokumen yang JPA minta senangsenang dan dalam beberapa minggu je, pap pap pap dah masuk dah duit claim korang. Dari info senior, diaorg cakap boleh dapat sampai RM300 dalam masa 2-3minggu je. Wow, kalau korang claim sekarang, untung sabut timbul dapat duit raya yay!! Ikut senarai kte bawah ni, okei~





DOKUMEN-DOKUMEN PENTING CLAIM ELAUN THESIS JPA:



1) Borang tuntutan elaun thesis (tekan sini)


2) CD softcopy thesis (PDF)



3) Approval sheet (Supervisor FYP)







Pastikan semua maklumat lengkap dan sahih tau, baru berkat eceyyy :) Macam mana nak hantar? kte nasihatkan kalau korang nak selamat dan cepat, lebih baik hantar by hand ke pejabat JPA di Putrajaya. Tak tahu dekat mana? jangan nak bohong naa, dekat je dengan Alamanda, Putrajaya, puihh jalan sikit sampai dah kot~ Tapi bagi yang jauh di perantauan, bolehlah poslaju ke JPA. tapi pastikan korang selalu update dengan pihak JPA, takut nanti tak sampai pula dokumen korang pastu nangis tengok kawankawan dah dapat RM300 duit raya hihihihi :) 



Masukkan semua dokumen elokelok dalam sampul, biar nampak professional sikit. Kan dah grad, tunjuk sikit macam dah grad kikikiki :)



Senang je kan? benda simple takyah nak stress stress ye, dah settle semua baru boleh rehatrehat bersama keluarga di rumah. Berpuasa samasama 10hari terakhir dan tak lama lagi nak masuk syawal dah, amende nak stress kan? hahahaha. Okei itu sahaja, ada apaapa soalan, boleh tanya kte okei~ Selamat siap untuk berbuka, jaga diri jaga hati 








ALAMAT:
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA
NO TEL : 03-88853445 / 03-88853049/ 03-88853489
E-MEL: ictbmi@jpa.gov.my






30 comments

  1. rm300 ye... saya ingat rm3000... rasa mcm dpt 4 angka... tp ntahla.. tq for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Rm300 :) Saya dah dapat bulan julai ritu hihihi

      Delete
  2. tq for the info..saya nk hntr hari isnin ni, dkt pejabat JPA, so nk tnye, nk drop sampul tu dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply, drop dekat receptionist je :)

      Delete
  3. Thanks. Good info

    ReplyDelete
  4. Ni utk master ke? And kos sc je kan. Sbb saya sc social , sc sosial tk termasuk kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap semua kos boleh claim, nak lebih tepat baik awak contact JPA :)

      Delete
  5. Congratulations sister! :)

    ReplyDelete
  6. approval sheet tu boleh buat sendiri je ke or kene minta dari research supervisor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam thesis kan ada approval supervisor before abstract, boleh ambil tu je 🙆

      Delete
  7. terima kasih athirah..post awak ni banyak membantu dan mempermudahkan saya, semoga diberkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,moga dapat bantu yang lain juga :) Amin!

      Delete
  8. Assalamualaikum nak tanyaa..
    Sis, yg amaun rm300 tu kan, letak sendiri ke? Atau ada dinyatakan by pihak jpa yg allowance tesis ni 300?

    Saya nak buat tuntutan untuk intern tapi intern kami 6 bulan sedangkan jpa cuma nyatakn yang dorang akan bayar untuk 90 hari sahaja. Saya cuma letak amaun (cth: RM15/hari * 90 hari= RM1,350) RM 1350 mcmtu je?

    Maaf klu soalan ni macam ermm..tapi I would greatly appreciate your reply. Allah bless :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Afifah, sihat ke :)

      Amount thesis tak stated dekat borang kita hantar, but tak silap memang peruntukan untuk thesis pelajar hanya Rm300, kalau awak nak penjelasan lebih boleh terus contact JPA, okeiss ? :)

      Oh yang tentang claim Internship memang max 3 bulan je awak, kalau kerja lebih hari pun, pihak JPA akan kira max 90 hari je. So memang sia-sia rajin datang sabtu ahad waktu internship ritu hahahah :')

      But awak apply je okay, and untuk berapa hari bekerja tu just stated dalam surat pengesahan kehadiran dari side SV tempat intern awak. Awak boleh rujuk post kite yang ini (http://athrh-lani.blogspot.my/2017/04/claim-elaun-practical-jpa.html) :)

      I hope my answers help you a little bit afifah. Anything boleh tanya je :)

      Delete
  9. nak tanya. thesis kene complete hardbound dlu ke bru boleh claim jpa? kalau sft bound jer boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau softbound dah ada kelulusan SV dan fakulti, boleh je proceed :)

      Delete
  10. hai nk tanya burn CD utk thesis tu boleh ke kalau yg soft bound jer? atau keno complete hardbound siap dulu bru boleh claim JPA?

    ReplyDelete
  11. Btw Hi Assalamualaikum, nak tanya. awak ada tak bagi slip pendaftaran subjek yg ada FYP ni yg dah disahkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi waalaikumsalam :) Kalau ikutkan JPA time kite tak minta slip pendaftaran :) tapi tak sure untuk latest punya hihihi

      Delete
  12. assalamualaikum, nak tanya. perlu beri resit hardbound sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam :) tak perlu attached resit, memang elaun thesis Rm300 fixed

      Delete
  13. Terima kasih sis. Sangat membantu. Saya baru saja selesai hantar FYP saya ke fakulti. Tak sabar nak hantar borang tuntutan tesis pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, happynya dapat tolong awak! hihi cepatcepat hantar tau borang semua tu,nanti lupaaaa

      Delete
  14. sis nak tanya. betul ke elaun tesis ni boleh tuntut untuk kursus yang wajibkan ambik tesis je? macam kos saya, ada pilihan sama ada amik tesis atau amik kelas. tapi kuota untuk kelas dah penuh untuk saya amik kelas. boleh ke saya tuntut elaun tesis ni?

    ReplyDelete
  15. Assalam, kalau untuk FYP boleh claim juga ke?

    ReplyDelete