Tunjuk sebab kemerosotan akademik JPA *updated 07/03/2020*

05/03/2020; 05.30 pm






Assalamualaikum, salam wawasan 2020 eceyyy hihihi :) Harap semuanya dalam keadaan baikbaik aja, sentiasa happy dan semua urusan dipermudahkan Allah swt oki! 

So hari ni kaktyra nak share hal berkaitan penajaan JPA degree tapi AKADEMIK MEROSOT. Kaktyra dapat banyak sangat soalan daripada adikadik yang baik dan bijak dan mesti handsome dan cantik ni tentang cane nak buat surat tunjuk sebab dan cane nak hantar eh?

First thing first, seperti semua sedia maklum (dan mesti benda ni ada tulis dalam dokumen perjanjian di awal penajaan) sekiranya adikadik diploma dan degree yang dapat result pointer GPA/PNG atau CGPA/PNGK di bawah 3.00 (which means tak kisah result by semester atau total) atau mendapat mendapat GAGAL (student medic) WAJIB hantar borang tunjuk sebab ke JPA. So takyah susahsusah nak buat surat kiriman rasmi pula, pihak JPA dah memudahkan urusan korang dengan hanya isi je borang yang JPA bagi oki! (thank you JPA! Dahla bagi duit, pastu mudahkan urusan pula haduiiimoga Allah swt balas jasa baik semua!)

Tak silap kaktyra, pihak JPA beri 3 kali amaran sebelum penajaan ditarik (so tak sure hanya batal atau perlu bayar semua). Jangan nak ambil mudah benda ni, lagi cepat korang settle borang dan hantar, lagi cepat proses next semester punya allowance. Kaktyra yang memang baik hati dan semestinya cantik dan comel ini pun berusaha skodeng website JPA untuk cari maklumat yang berkaitan supaya dapat memudahkan urusan adikadik oki :) (sila terharu!) 

Tanpa membuang masa adikadik yang tengah stress tuuuu, kaktyra listkan dokumen yang perlu ada:



(*pastikan isi dari semester pertama sehingga terkini*)


 1)Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik (total ada 4 bahagian yang perlu diisi) yang lengkap diisi 
(sila pastikan pelajar mendapatkan pengesahan / tandatangan daripada Penasihat Akademik / Ketua Jabatan / Dekan); dan

2) Transkrip peperiksaan pelajar.
Oki, itu je yang korang kena ada! korang ada dua pilihan untuk hantar borang yang LENGKAP

1. scan semua dokumen and save dalam bentuk pdf. dan emailkan ke

lspdn@jpa.gov.my (latihan sebelum perkhidmatan dalam negara)

atau

2. by post ke alamat

       Pengarah
       Bahagian Pembangunan Modal Insan
       Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
       Aras 2, Blok C2, Kompleks C
       62510 Putrajaya
       (U.P. : Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara))

Ada apaapa soalan lagi ke? Sorrylah kaktyra ambil masa nak reply comment korang dekat sini. But I always available at instagram. silakan dm di sana oki! laju berdesup kaktyra reply hahahahha

Take care, jaga hati! buingbuingbuing 





51 comments

  1. Boleh ke kalau saya isi birang tu secara digital tanpa perlu print?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syazwani, boleh emailkan pada pensyarah dan pensyarah akan send back to you :)

      Delete
  3. salam kak, ikut perjanjian dalam surat tawaran pelajar kena dapat pointer 3 ke atas dan pelajar yang tak boleh capai tahap yg ditetapkam 2 semester berturut turut akan ditamatkan penajaan. Maksudnya, kena buat surat apabila lepas dapat pointer 3.oo ke bawah untuk 2 sem berturut turut, kalau satu sem je baru dapat pointer bawah 3 maksudnya takyah lagi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, berdasarkan yang awak cakap first line, pelajar kena beri surat tunjuk sebab setiap kali pointer bawah 3.0. Jika dua kali berturut dapat pointer 3.0 dan ke bawah (dua kali dah hantar surat), JPA akan stop penajaan

      Delete
    2. Jika dua kali berturut-turut pointer bawah 3.00, adakah JPA hanya menamatkan tajaan atau kena bayar ganti rugi sekali? Jika kena bayar ganti rugi berapa jumlah ganti rugi tersebut?

      Delete
  4. Kak tyra, means memang penajaan tak ditarik lagi la kan untuk first time bawah 3.0 ni? Takut😭

    ReplyDelete
  5. Assalam kak. kalau pada sem 4 dapat bawah 3.00, sem 5 still dapat bayaran dari jpa ke? Thank youu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, first time ke pointer 3.0 dan ke bawah? Kalau first time InshaAllah penajaan diteruskan, kalau kali ke dua berturut, penajaan stop

      Delete
  6. kalau kita dapat 3.00 kebawah untuk semester pendek kena isi juga ke ? JPA ada beritau nak kita isi borg tu or kita mmg kena isi even xde email drpd JPA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, per semester tak kira semester panjang atau pendek. Sepatutnya dapat emaildari JPA tapi biasalah akan terlepas pandang dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan masalah lain timbul, lebih baik awak siapsiap semua surat dan hantar. Jika masalah berlaku at least awak ada bukti menyatakan dah hantar surat tunjuk sebab pada sekian-sekian tarikh dan tempat :)

      Delete
  7. Salam kak, kalau sem 2 pointer bawah 3 dan sem 3 juga bawah 3, baru dua kali buat surat kemerosotan maksudnya jpn akan taja buat kali terakhir untuk sem 4 atau pun jpn tarik terus? Maksudnya sem 4 tu saya kena bayar balik ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hi, berdasarkan kepada syaratsyarat, dua kali berturut dan semester seterusnya ditarik penajaan. Tak pasti macam mana bayaran balik

      Delete
    2. hi boleh tahu tak awak punya tajaan memang dah ditarik balik ke?

      Delete
  8. Assalamualaikum kak tyra, kalau situasi mcm pointer jatuh bawah 3.0 tapi TAK BERTURUT2 mcm sem 3 jatuh then sem 4 atas 3.0 tapi sem 6 jatuh balik bawah 3.0, JPA still akan tarik jugak ke tajaan ? Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau berdasarkan syarat dua kali berturut. kalau selangselang hanya pastikan hantar surat tunjuk sebab okay.

      Tapi awak boleh semak semula dokumen perjanjian, just in case ada syarat baru berturut tu berapa kali ke :)

      Delete
  9. kalau contoh sem 3 dapat pointer bawah 3.0 jadi kat bahagian C tu kena isi untuk sem 3 sahaja ke?

    ReplyDelete
  10. Hi kak Tyra , kalau sem 3 sya tak lepas 3.0 dan sem 5 pun saya tak lepas , tapi sebab selang2 , so okaylh , msh selamat , so nnti sem 6 sya akan msh dapat ke elaun ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, dapat :) asalkan dah hantar borang tunjuk sebab, settle oki

      Delete
    2. Hi unknown, sem 6 awak masih dapat elaun ke?

      Delete
    3. Hi unknown, sem 6 awak masuk tak elaun?

      Delete
  11. hi kak tyra. transkrip peperiksaan pelajar tu slip result sem yg jatuh sahaja ke? or mini transcript?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak :) current semester yang merosot sahaja sebab borang dah isi semester 1 hingga sekarang :)

      Delete
  12. assalamualaikum kak, nak tanya kalau kita dah hantar borang tunjuk sebab tu bila penajaan tu akan dikreditkan kat kita ya. Semester yang kita disekat tu atau semester depannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, duit penajaan akan terus dikreditkan seperti biasa jika tiada masalah :)

      Delete
  13. kiranya kalau dah submit borang tunjuk sebab untuk semester yg bawah 3.0 tu nnti bayran tak dpt ke untuk semester depan atau dpt lambat sbb tarikh kredit ada bayaran 1(Bayaran 1/2022
    (Feb 2022 – April 2022) dan bayaran 2 (Bayaran 2/2022 Ogos 2022 – Sept 2022)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiada masalah dengan surat tersebut, elaun akan dikreditkan seperti biasa. Tapi kalau 2/3 minggu masih tak kredit boleh minta update JPA oki

      Delete
  14. Assalamulaikum kak. Agak2 bagi student yg kena hantar borang sts ni dapat bayaran jpa ni bila ya. Semester yg kena sekat juga tu atau semester depannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, duit penajaan akan terus dikreditkan seperti biasa jika tiada masalah :) tapi kalau 2/3 minggu masih tidak dikreditkan, boleh call JPA minta update incase ada masalah surat/terlepas pandang ke

      Delete
  15. Assalamualaikum Kak Tyra, saya mula meminjam JPA pada tahun kedua, jika saya mendapat keputusan png 3.00 ke bawah pada tahun pertama (semester 2), adakah saya perlu mengisi borang kemerosotan juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, takperlu. hanya bermula semester yang JPA taja :)

      Delete
  16. Salam akak, maaf nk tnya. Kalau email ke pensyarah tu, kena isi dlu ke borang tu atau boleh emailkan je borang yg belum diisi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, isi penuh ya dik. Lecturer awak tak kenal siapa yang emel dan ape benda borang tu :) kalau lecturer faham dan kite mudahkan kerja dia, dia pun hepi nak tolong sahkan borang awak dengan cepat hihihi

      Delete
  17. Kalau gpa bawah 3.0 berturut memang penajaan confirm kena tarik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut syarat dalam dokumen perjanjian. different year lain isi kandungan :)

      Delete
  18. Kak kalau pointer bawah 3 berturut memang tajaan akan kena tarik? Ada yang kita boleh buat untuk tajaan tu tak kena tarik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut syarat dalam dokumen perjanjian. different year lain isi kandungan :) boleh call JPA untuk makluman lanjut

      please jaga CGPA oki,

      Delete
  19. Assalamualaikum, saya nak tanya macam mana nak tahu borang kita dah diterima?sebab tak der email maklumbalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,boleh call JPA untuk minta update :) kalau tiada emel peringatan means dah settle lah kot dari pihak JPA

      Delete
  20. Saya baru saja lepas tandatangan surat penjanjian tiba-tiba dapat result current sem bawah 3....dia akan tarik balik ke perjanjian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak, tapi kena hantar surat tunjuk sebab as that semester JPA dah mula taja kan? :)

      Delete
  21. hai assalamualaikum, kalau saya punya gpa saja yang bawah 3 pointer tapi cgpa atas 3 pointer still kena hantar ke surat tunjuk sebab tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, yup. By semester punya result. Tapi boleh double check baca semula dokumen perjanjian oki :)

      Delete
  22. assalamualaikum kak, kalau gpa kita bawah 3.0 tapi cgpa kita atas 3.0 still kena buat kee surat kemerosotan tu? ni first time and ni untuk result sem 4

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum kak .. saya Lulu's jpa masa nak start sem 3 .. tapi saya mohon dari sem 1 .. kira macam pinjaman saya start sem 3 ... Perlu ke saya isi borang merosot akademik ni juga ... Akak Ade tips tak isi bahagian punca masalah ... Sebab saya tak reti isi borang sangat lagi kalau ada yang kene bagi sebab Dan pelan perbaiki ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, dalam surat tawaran JPA ada nyatakan tempoh tajaan :) bleh check semula ya.

      Maaf kite tak pernah isi surat kemerosotan tapi mungkin boleh nyatakan jika ada masalah kesihatan (lampirkan surat doktor/temujanji), masalah keluarga? kalau masalah diri sendiri mengaku je lah macam tak reti bahagi masalah terlalu leka dengan program universiti dan kolej dan lain-lain

      hihihi harap membantu

      Delete
  24. Assalamualaikum kak, maaf nak tanya. Untuk pelajar yang hantar surat tunjuk sebab (sts), elaun untuk sem seterusnya masuk seperti yang dijadualkan sebagaimana pelajar lain atau lebih lambat? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, depends. Kalau tiada isu akan kredit seperti biasa, kalau ada isu (tak masuk seminggu dua) boleh call JPA

      Delete
    2. Samalah kita 😭

      Delete