Showing posts with label gagal. Show all posts
Showing posts with label gagal. Show all posts

Biasiswa JPA: Tunjuk sebab (PART 2)

04/09/2024; 03.05pm


Assalamualaikum, Salam Madani 2024 hihihi :) Harap semuanya dalam keadaan baikbaik aja, sentiasa happy dan semua urusan dipermudahkan Allah swt oki! ♥♥ Lama kaktyra tak update tentang Biasiswa JPA dan ramai yang datang dm kaktyra di instagram untuk dapatkan jawapan. Tenciu sudi roger-roger kiteeee, dan maaf kite dah lama tak buka blog ni untuk reply comments adikadik :'(

Life getting busier but alhamdulillah hati dan badan sihat & baik dijaga rapi Allah swt ♥ On today post I'll try to answer few latest questions regarding surat tunjuk sebab kemerosotan akademik, please spend a little time to read the first part, oki!
 

Jawapan;

1) For me, I'll refer back to my agreements. Kalau di surat perjanjian dah maklumkan "Pelajar perlu hantar surat tunjuk sebab dan isi borang JPA telah sediakan di laman web", jadinya adik-adik tak perlu untuk tunggu emel amaran dari pihak JPA. Boleh terus cari borang, isi maklumat dan hantar by hand/emel. Jelas?

2) sila refer surat perjanjian (setiap surat perjanjian tahun berbeza mungkin isi kandungan berbeza), JPA nyatakan GPA sahaja, CGPA sahaja atau GPA & CGPA. Dulu zaman kaktyra, JPA lihat GPA & CGPA, duadua penting dan kena jaga :)

3) ikulah, nak cantik isi terus guna laptop. manamana awak selesa dik :)

Jawapan;

Contoh semester 2, subjek yang diambil 
English (3JK): Lulus
 Computer (2JK): Lulus
Bahasa (3JK): Gagal (bawah 3)

Total jam kredit diambil: 8JK
Jam kredit diperoleh: Lulus sahaja, 5JK
Jam kredit terkumpul: 5JK + semester 1

Jelas tak? :)

Jawapan;

Apapun sila refer surat perjanjian (setiap surat perjanjian tahun berbeza mungkin isi kandungan berbeza), JPA nyatakan GPA sahaja, CGPA sahaja atau GPA & CGPA?
Dulu zaman kaktyra, JPA lihat GPA & CGPA, duadua penting dan kena jaga :) Jika GPA atas 3 pada current semester, tak semestinya CGPA atas 3 pointernya sebab semester terdahulu pointer terlalu rendah :'(


Okay adikadik, jelas ke terlalu jelas? hihihi kalau masih ada soalan boleh drop comment, dan roger lah kite di instagram oki ♥

Take care, jaga hati! buingbuingbuing ♥♥♥



Tunjuk sebab kemerosotan akademik JPA *updated 07/03/2020*

05/03/2020; 05.30 pm






Assalamualaikum, salam wawasan 2020 eceyyy hihihi :) Harap semuanya dalam keadaan baikbaik aja, sentiasa happy dan semua urusan dipermudahkan Allah swt oki! ♥♥♥

So hari ni kaktyra nak share hal berkaitan penajaan JPA degree tapi AKADEMIK MEROSOT. Kaktyra dapat banyak sangat soalan daripada adikadik yang baik dan bijak dan mesti handsome dan cantik ni tentang cane nak buat surat tunjuk sebab dan cane nak hantar eh?

First thing first, seperti semua sedia maklum (dan mesti benda ni ada tulis dalam dokumen perjanjian di awal penajaan) sekiranya adikadik diploma dan degree yang dapat result pointer GPA/PNG atau CGPA/PNGK di bawah 3.00 (which means tak kisah result by semester atau total) atau mendapat mendapat GAGAL (student medic) WAJIB hantar borang tunjuk sebab ke JPA. So takyah susahsusah nak buat surat kiriman rasmi pula, pihak JPA dah memudahkan urusan korang dengan hanya isi je borang yang JPA bagi oki! (thank you JPA! Dahla bagi duit, pastu mudahkan urusan pula haduiiimoga Allah swt balas jasa baik semua!)

Tak silap kaktyra, pihak JPA beri 3 kali amaran sebelum penajaan ditarik (so tak sure hanya batal atau perlu bayar semua). Jangan nak ambil mudah benda ni, lagi cepat korang settle borang dan hantar, lagi cepat proses next semester punya allowance. Kaktyra yang memang baik hati dan semestinya cantik dan comel ini pun berusaha skodeng website JPA untuk cari maklumat yang berkaitan supaya dapat memudahkan urusan adikadik oki :) (sila terharu!) ♥

Tanpa membuang masa adikadik yang tengah stress tuuuu, kaktyra listkan dokumen yang perlu ada:



(*pastikan isi dari semester pertama sehingga terkini*)


 1)Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik (total ada 4 bahagian yang perlu diisi) yang lengkap diisi 
(sila pastikan pelajar mendapatkan pengesahan / tandatangan daripada Penasihat Akademik / Ketua Jabatan / Dekan); dan

2) Transkrip peperiksaan pelajar.
Oki, itu je yang korang kena ada! korang ada dua pilihan untuk hantar borang yang LENGKAP

1. scan semua dokumen and save dalam bentuk pdf. dan emailkan ke

lspdn@jpa.gov.my (latihan sebelum perkhidmatan dalam negara)

atau

2. by post ke alamat

       Pengarah
       Bahagian Pembangunan Modal Insan
       Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
       Aras 2, Blok C2, Kompleks C
       62510 Putrajaya
       (U.P. : Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara))

Ada apaapa soalan lagi ke? Sorrylah kaktyra ambil masa nak reply comment korang dekat sini. But I always available at instagram. silakan dm di sana oki! laju berdesup kaktyra reply hahahahha

Take care, jaga hati! buingbuingbuing ♥♥♥