time ; 01.30 a.m malaysia ^^v
Assalamualaikum wbt :) Alhamdulillah hari ni satu april . cepatnya masa lalu kan? macam kejap sangat dah empat bulan tahun ni . emm. Kte rasa macam semangat rajin sudah meresap ke dalam hati , jari pun laju menekan tiap huruf kan , ewah kemain sekarang hikhik :) padahal esok kelas sampai 7malam , hah tidur lah lambat biar mata buruk !
dah cukup dengan marah diri sendiri , sekarang nak cerita tentang mulut . ye mulut , suka buat mulut itik ? tapi kte bukan nak cerita isu mulut itik pun hahahahaha :) kte nak cerita tentang cara percakapan kita . Mula dari sekarang .
kay ayahibu kte selalu pesan ,
kalau kte nak orang lain cakap baikbaik dengan kte , tak guna bahasa kasar dengan kte , kte kenalah cakap baik dulu dengan mereka ,guna bahasa sopan , jangan sakitkan hati orang . (tapi kadangkadang tersakitkan juga hti orang tuu , maaf !)
Bukan nak katalah , tapi nak kata juga , zaman sekarang ni memang orang selalu cakap bahasa kasar eh? kadangkadang kte 'terpanar' bila orang tu cakap kasar dengan kte . speechless kau! Walaupun awak rasa awak dah guna bahasa yang sesuai bila bercakap , tapi kadangkadang awak tak perasan yang awak ada selitkan juga kasarnya itu . Sakit yang amat bila dengar walaupun awak relax je dekat situ buat muka toya macam tu .
Cubalah berhenti cakap kasar ye awak . Kte pun masih dalam proses mengawal diri dari menggunakan kata yang boleh sakitkan hati orang lain , ye kte masih belajar . Tak baik tau , buat orang sakit hati je . bagi awak contohnya perkataan shit , bitch etc tu bahasa inggeris yang normal orang gunakan bila marah , selalu orang dok sebutsebut tapi bagi kte marah macam mana pun , bahasa tu tetap tak normal . Ada satu hari tu , dok tengah hebat bergelakgelak , buat lawak masingmasing , yang sorang tu tibatiba cakap bitch . Kte pun senyap je , 'terpanar' seperti biasa bila dengar perkataan tu . Tak tahu nak buat reaksi apa dah tau . Marah memang marah waktu tuu , tapi tenangkan hati sendiri , anggap yang dia memang selalu cakap kasar macam tu tanpa kawalan mungkin ? Kte tahu mesti ada cakap ," eleh kereklah pompuan ni . Shit pun tak boleh cakap ke? Kampung gila." Maaflah kalau kte buat awak rasa kte ni kerek , maaflah kalau kte buat awak rasa kte budak kampung . Tapi kte memang punyai fikiran kampung yang amat , cerewet kemain , pakaian pun kampungkampung je . Kte takde niat pun nak sakitkan hati sesiapa tapi cuma nasihat , teguran seorang sahabat yang awak tak kenal ni .
Ye kte tahu , semua manusia di sini tak sempurna . Tapi betulkanlah mana yang awak rasa salah , jangan dibiar ianya salah selamanya . Perbaiki mana yang mampu :') InshaAllah dipermudahkan semua . Jangan putus asa ye . Kte ni memang pandai nasihat kan orang , pandai cakap je , tapi diri sendiri ni lebih kurang sama je . Kalau ada salah yang kte buat sesiapa terasa , maaf ye . Maafkan segala kesilapan kte :)
Dari Abu Hurairah ; Nabi Muhammad pernah berkata ; "Individu yang yakin kepada Allah dan Hari Akhirat , dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja "
Imissyoutoo!
No comments