time ; 11.50 p.m malaysia ^^v
Assalamualaikum semua :) hiii lamanya tak jenguk makcik blog ni. Mungkin kalau dia ni ada perasaan, mahu kena cepok kepala kte ni. hmm maaf lewls. Alhamdulillah masuk semester baharu. Hai semester 4, Bismillah, Moga Allah swt permudahkan segalanya untuk Athirah Lani :) . Amin (baik ko aminkan sekali)
Apa nak citar? Kay pertamanya alhamdulillah kesihatan baik tidaklah seteruk semester 1 dulu. Jangan dikenang please. Walaupun sekarang tonsil agak sensitive, sikitsikit je bengkak. Memang peritlah hidup saat membengkak tu. Selepas tonsil kiri, kanan pula jangkit, dah mula surut, jangkit ke kiri pula. Suka hati koranglah tonsil, buat apa korang suka. Nak bagitahu walaupun taknak tahu hiii, kte ada lima subjek je semester ini dan InshaAllah tak berat seperti semester yang lepas. Yang lepas jangan kata berat, tak mampu dah cheq nak tanggung weyyy.
(gambar hiasan)
Lepas tu kan, semester ini kte sangat sibuk. Walaupun ada yang lagi sibuk, kte tetap juga nak kata kte ni sibuk hiii. Tandatanda seperti kitaran gelap bawah mata mula kelihatan, ini yang tak gemor ni. Takyah nak kata macam panda comel sangat, kte tetap tak suka. Kena pergi facial ni. Cehh ngade. hahaa :D Walaubagaimanapun, Kte belajar banyak benda baru. Seperti? Pengurusan program, pengurusan emosi, mencari sponsor, berurusan dengan orang berpangkat tinggi dan besar, berurusan dengan orang yang suka tunjuk pandai dan sebagainya. Perasaan? Mestilah bercampur. Gembira, sedih, marah, murung (ini melampaukan). Taklah, sebenarnya kte cuba untuk terima semuanya dengan baik. Alhamdulillah ada yang sudi memberi teguran dan nasihat. Terimakasih, anda tahu siapa anda. ceyy ko ingat ko sweetlah buat ayat gitu? :)
Seterusnya, nak promote program kolej sikit. Siapa yang berminat nak sertai? hii terbuka kepada orang luar juga. InshaAllah 14 hingga 16 Mac 2014, bersamaan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (kan dah mula ayat karangannya) kolej 16, Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Karnival Let it Out @ 16 dan salah satu program yang bakal berlangsung ialah Program Ruby (kte punya niiiii) pada hari Ahad. Program Ruby ini khas untuk para gadis dan wanita sahaja dimana lelaki tidak dibenarkan untuk menyertainya kikkiii. Kami sediakan pelbagai aktiviti dan slot menarik dari pagi hingga ke malam seperti bengkel imej dan penampilan diri oleh majalah Lisa, Bengkel kerjaya dan keyakinan diri oleh Blogger dan Youtuber terkenal Kak Dena Bahrin, dan di sebelah malamnya pula fashionshow oleh peserta bengkel. Sepanjang hari Ahad itu, ada jualan booth oleh peniaga online shop (sama tempat dengan bengkel dijalankan) dalam dewan ber air-cond kau. Best macammacam ada dijual nanti, monopod? fisheye? cathydoll? InshaAllah ada :D hah! Malam fashionshow tu, lelaki, perempuan boleh masuk tengok. Masuk percuma ye :) Mari ajak adik, kakak, emak, abang, sepupu semua datang Kolej 16. Kami sediakan doorgifts yang sangat banyak untuk para peserta. Jummm!
Sebelum kte menghilangkan diri lagi untuk jangka masa yang panjang. Maafkan segala salah silap kte yang sengaja mahupun tidak sengaja. Mungkin katakata kte yang kte tulis ini, awak tak berkenan ke? Maaf ye. Mari semua, kte cuba belajar untuk memaafkan orang lain. Kte pun masih dalam proses belajar ini hii. Hwaiting, Moga Allah swt berkati usaha kte ini, amin :) Selamat rehat. Salam.
Nak bagitahu, esok kte dapat baucer buku BR1M kikiki bye !
No comments