Salam kelahiran Nabi Muhammad s.a.w :)






date ; 14 of jan '14
time ; 10.30 p.m malaysia ^^v










Salam Maulidur Rasul kawankawan semua :) mari kte kongsi sikit infomasi tentang baginda. mehmeh. Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini :

1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :
فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)
Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al A’raf 157)
ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ
Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
(Surah al Ma’idah ayat 12)




Seterusnya, boleh tak kte nak buat teguran sedikit? tak boleh pun, ada kesah? hiii bukan apa, kte bukan nak tunjuk pandai ke apa sebab kte sendiri pun masih menerima nasihat dan teguran dari orang sekeliling tak kira bangsa dan umur. Yang pasti kte kena cuba untuk dengar dan fikir baikburuknya, okeng? Bismillah sebelum kte mula maaf dulu ye kalau kte tak layak untuk berkatakata di sini. Ni lahir dari hati ikhlas :)
Ini kes isu semasa, di mana ayah kte baru bercerita di dalam kereta sebab kte dengan angah kte tanya. Biasalah budak baru keluar sangkar universiti, macam katak bawah tempurung tak ambil tahu berita luar, tibatiba balik benda ni yang heboh diperkatakan. Kes apa? ada nak teka? hmmm semua dah tahu kan? Perkara ini heboh di facebook, instagram, twitter dan sebagainya. Kte tak tahulah kenapa nak hebohheboh tapi biasalah manusiakan? Trend katanya. Sempitnya fikiran awak kan? nak ikutkan trend sangat sampai memperbodohkan diri sendiri? yang pelik budakbudak pun buatbuat sibuk tentang benda ini. Adik, benda ni tak masuk dalam peperiksaan pun. Awak fokus pelajaran awak je dulu. Itu lagi penting untuk masa depan. Kalau sibuk sangat bendabenda ni, pelajaran teruk, lepas tu kalau awak cakap pungpangpungpang pun orang tak pandang dik. Percaya lewls.
Kes ni mula membuka mata dan minda kte bila kte buka instagram dan nampak budak yang sama post benda yang sama pasal sayur itu? Budaknya cerdik, cantik, berpurdah lagi. Memang kte adore gile. Tapi macam, apa masalah dia nak ulangulang benda tu? Tak salah kalau nak bergurau, tapi agaklah kalau banyak kali siapa tak bengang? Terus kte unfollow. Maaf bukan nak cakap pasal tu sangat tapi kepada sesiapa sahajalah yang berbuat demikian sama ada video, gambar atau apa apalah awak tak rasa malu ke? Apa kes mainmain perli orang? Awak rasa hebatlah bila perli orang? Matang sikit lah weyy. Walaupun awak niat nak gurau tapi fikir perasaan orang. Kte sebagai umat Islam boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk kan? InshaAllah kte boleh fikir dah. Walau awak hebat mana pun pandai mana pun pandai agama banyak mana pun cantik mana pun, adab dan sahsiah itu penting. Hati tuuuuuuu! Serius kte ngaku kte tak belah pihak manamana, yang sana mahupun awak yang postpost benda tak baik tu. Niat nak ingatkan sesama manusia dan sesama muslim. Walaupun kte tak pandai mana pun tak dapat 4flat pun, tak cantik macam bidadari, pakai pakaian biasabiasa sahaja, kte memang tak sempurna dan siapa sempurna? tapi kte boleh fikir juge.
tak kisahlah kalau orang tu salah cakap ke, tersilap kata ke, apa hak awak nak judge orang? Semestinya orang akan hilang hormat pada awak bila awak buat bendabenda bodoh macam tu? Ada fikir sebelum post? Cubalah berubah, sikit pun takpe. At least fikir dulu sebelum buat apaapa, kesan dia lama wooo. Jangan fikir, then rapppp post. Buanglah bendabenda tu dalam wall facebook awak, instagram dan sebagainya. buatbuatlah buang! Mungkin ada segelintir orang akan kata gini, "eleh biarlah negara kte kan bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat, lantak gua ah, sibuk je budak kampung ni". Kalau awak orang Islam, fikir balik apa awak buat tu baik ke tidak, perbodohkan diri ke tidak? lepas tu lantak ko lah nak buat apa, okeng! Ingat kalau orang dah tak suka, kalau dia buat salah sikit, point tu akan digunakan oleh orang yang busuk hati untuk menjatuhkan awak. Ingat tuuu. Cukup kot kte membebel? Hmm maaflah kte ni ramai dah orang benci, gerenti lepas ni bertambahtambah orang benci. Fikir baikbaik, untuk muhasabah diri ini juga. Salam!





1 comment

  1. lamenyee menghilangkann diri ..kte nak bce blog akak lg.. hihi.. okayy akak goodluck for the program.. esp RUby tu.. mcm best je.. hrp2 kengkwn shaf ramai yg boleh join..

    -shaf-

    ReplyDelete